ResepiCheNom
Daging Masak Kicap Dan Kentang

Resepi Daging Masak Kicap Dan Kentang

Prep 20 minMasak 50 minJumlah 1 jam 10 minHidangan 5 orang

Menu ringkas tapi sedap menjilat jari, daging masak kicap dengan kentang yang meresap dan lembut. Che Nom kongsi cara perap dan tips cepatkan daging empuk.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan

  • 1/2 cawan minyak masak1/2 cawan minyak masak
  • 2 biji bawang merah kecil2 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia1 inci halia
  • 1 biji kentang1 biji kentang
  • Sedikit garamSedikit garam
  • Rempah 4 sekawanRempah 4 sekawan
  • 1 sudu besar cili kisar1 sudu besar cili kisar
  • 1 batang serai1 batang serai
  • Kicap manis secukupnyaKicap manis secukupnya
  • Sedikit air asam jawaSedikit air asam jawa
  • 1 sudu besar sos tiram1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 7 tangkai cili padi7 tangkai cili padi
  • Daun bawangDaun bawang
  • 1 biji bawang holland1 biji bawang holland

Bahan Untuk Perapan

  • 500g daging500g daging
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/2 sudu kecil garam1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil serbuk ketumbar2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar sos tiram1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis1 sudu besar kicap manis

Cara Buat Daging Masak Kicap Dan Kentang

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Cara Penyediaan Utama

  1. 1
    Potong daging (ikut arah lawan urat) sederhana nipis.
  2. 2
    Perap ayam dengan kunyit, garam, serbuk ketumbar, sos tiram dan kicap manis.
  3. 3
    Kisar kasar bawang merah, bawang putih dan halia.
  4. 4
    Potong kentang dan gaul dengan garam.
  5. 5
    Potong daun bawang (anggaran 2 cm), cili padi (buang tangkai sahaja), dan bawang holland (potong tebal membulat).
  6. 6
    Panaskan minyak dan goreng kentang separuh masak.
  7. 7
    Angkat kentang dan ketepikan.
  8. 8
    Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar kasar dan rempah 4 sekawan sehingga naik bau rempah.
  9. 9
    Masukkan cili kisar dan bila cili dah masak garing, masukkan serai (yang telah dititik).
  10. 10
    Masukkan daging perap dan masak dengan api perlahan.
  11. 11
    Bila daging separuh masak, masukkan kicap manis, sos tiram, sedikit air dan terus masak 30-40 minit.
  12. 12
    Masukkan serbuk lada hitam, kentang goreng, air asam jawa, kicap manis, cili padi, hirisan daun bawang (bahagian batang) dan hirisan bawang holland.
  13. 13
    Hidang daging dan hias dengan hirisan daun bawang.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Potong daging arah berlawan urat, kalau arah berlawanan, bila ditekan daging akan nampak macam rongga-rongga sikit.
  • Gula dari kicap manis akan membantu lembutkan daging.
  • Goreng kentang api besar, biar perang di luar tapi dalam tak terlalu lembut.
Tunjuk semua petua (5)
Petua & Panduan
  • Selepas masukkan daging, masak dengan api perlahan supaya daging masak lembut.
  • Kalau kurang gelap boleh tambah kicap dan kering boleh tambah air.
Video
Pengenalan

Kali ni Che Nom nak masak menu yang ringkas tapi cukup sedap menjilat jari kalau makan iaitu daging masak kicap berkentang.

Biasanya kalau masak daging kicap Che Nom suka perap sekejap daging dengan beberapa bahan, biar serap semua rasa. Selain itu, tujuan kita perap ialah untuk lembutkan daging supaya lebih cepat masak nanti.

Dalam video ni juga ada sedikit tips untuk sesiapa nak masak daging lebih lembut dan cepat. Sekolah pun dah buka, jadi menu ringkas macam ni juga yang tetap menjadi pilihan untuk masak kat anak-anak kan?.

Diterbitkan pada 22 Disember 2021145K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru