
Cheesekut Tiramisu 5 Bahan Sedap dan Berkrim
Cheesekut Tiramisu dessert yang sedap sangat kalau dimakan waktu sejuk. Lapisan biskut yang dicelup dalam bancuhan bancuhan kopi instant, diselang selikan dengan adunan cheese yang lemak berkrim rasanya. Dessert ni pernah viral pada suatu masa dulu, dan Che Nom share cara mudah nak sediakannya. Tak perlu guna oven, tak perlu guna telur dan juga tanpa gelatin.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 250g krim keju
- 3/4 cawan susu pekat (anggran 1/2 tin)
- 250g krim putar tenusu
- biskut cream cracker
- 1 pek kopi segera premix
- 3/4 cawan air panas
- serbuk koko
- 1Lenyekan krim cheese sehingga lembut.
- 2Masukkan susu pekat kemudian adun sampailah pekat sebati.
- 3Dalam mangkuk berasingan, tuang whipping cream dan putar sehingga menjadi kental dan pekat.
- 4Tuang whipping cream dalam adunan creamcheese tadi dan kacau sebati.
- 1Bancuh Nescafe 3 in 1 dengan 3/4 cawan air panas.
- 2Celup biskut dalam bancuhan Nescafe dan susun dalam bekas.
- 3Lapis selang-seli biskut dengan adunan creamcheese.
- 4Sejukkan sekurang-kurangnya 5-6 jam ataupun semalaman.
- 5Bila dah sejuk boleh keluarkan dan hias dengan taburan serbuk koko diatas.
- •Jangan pukul whipping cream terlalu lama, jika tidak ia akan pecah dan cair.
- •Jangan rendam biskut dalam bancuhan Nescafe terlalu lama, takut nanti lembik.
- •Untuk kepingan biskut kecil yang nak disusun ditepi-tepi biskut, biskut hendaklah dipatahkan mengunakan pisau agar potongan biskut sekata dan tidak hancur.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Spaghetti Aglio Olio: Teknik Penting Supaya Tak Lembik & Tak Hangit
Spaghetti aglio olio nampak ringkas, tetapi kalau teknik tersilap, hasilnya boleh jadi lembik, berminyak, atau pahit akibat bawang putih hangus. Kunc...

Jangan Pandang Remeh! 3 Kesilapan Teknikal Yang Rosakkan Rupa Kuih Lapis
Rasa dah sedap. Lemak manis pun cukup. Tapi bila angkat dari pengukus, rupa kuih jadi hancur — permukaan berkedut, lapisan tak rata, siap ada ai...

Sains 3 Jenis Tepung: Kenapa Kuih Lapis Che Nom Boleh ‘Gedik’ & Boleh Ditarik
Kuih lapis yang menjadi bukan sekadar manis. Ia mesti gedik, lembut, kenyal, dan paling penting — boleh ditarik selapis-selapis tanpa putus. Ra...

Rahsia Santan Kotak: Cara Elak Kuih Lapis Jadi 'Berlubang' & Kasar
Pernah tak buat kuih lapis guna santan kotak, tapi hasilnya mengecewakan? Permukaan kuih penuh lubang-lubang kecil, tekstur kasar, tak licin macam ku...

Dulu Nak Jadi Pramugari, Tapi Mak Kata Tak Ada Gaya Lembut
Masa muda-muda dulu, Che Nom pernah ada satu cita-cita yang agak besar — nak jadi pramugari. Bukan kerana glamour atau uniform yang cantik, tet...

Kenapa Ayam Goreng Tak Patut Ditos Atas Tisu (Dan Cara Betul Supaya Kekal Garing)
Dalam kebanyakan dapur rumah, tos ayam goreng atas tisu dapur sudah jadi kebiasaan. Lepas angkat dari minyak, terus letak atas tisu dengan anggapan m...
Resepi Berkaitan

Kek Coklat Moist Moist Ketagih Viral
undefined...
Diterbitkan pada 13 Januari 2025

Kek Coklat Moist Leleh
undefined...
Diterbitkan pada 13 Januari 2025

New York Cheesecake
Cheesecake yang creamy dan lembut ni memang best untuk minum petang! Walaupun terkenal sebagai dessert yang mahal, resepi ni senang je nak buat dekat rumah kalau dah tahu teknik yang betul. Perfect untuk special occasion atau just nak enjoy dengan secawan kopi.
Diterbitkan pada 11 Januari 2025

Kek Pandan Gula Melaka
Kek Pandan Gula Melaka versi kukus yang moist dan lembut. Dihias pulak dengan toping lemak berkrim dan sirap gula melaka yang manis dan berlemak wangi. Sesuai dimakan sejuk-sejuk sambil minum kopi.
Diterbitkan pada 2 September 2024

Puding Kek Batik
Puding Kek Batik yang mudah dan sedap, sesuai untuk hidangan pencuci mulut di hari raya. Resepi ini tidak memerlukan pembakar atau mixer, malah boleh dicuba bersama anak-anak.
Diterbitkan pada 2 Mei 2024

Kek Tapak Kuda
Cara membuat Kek Tapak Kuda yang tengah viral. Kek ini sangat halus, lembut, gebu dan premium. Diadun menggunakan kaedah all in one method dan ovalette, kek ini mudah digulung, tidak merekah dan sesuai untuk hidangan raya.
Diterbitkan pada 27 Februari 2024
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
Kuih lapis tradisional premium yang lembut, kenyal, berlemak santan dan wangi sirap ros, dengan lapisan yang boleh ditarik satu persatu.

Aiskrim Homemade 3 Flavour
Aiskrim homemade yang lembut gebu dan premium, dibuat dari satu adunan asas untuk 3 perisa berbeza—sesuai untuk aktiviti cuti sekolah!

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
Ayam goreng kunyit rangup dengan salutan nipis, dihidangkan bersama sambal kicap istimewa yang pedas manis.

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
Lauk Ayam Masak Kicap dengan kuah pekat berkilat, rasa manis lemak dan pedas sederhana yang pasti memikat selera.

Ayam Sambal Berlada
Ayam goreng garing disalut sambal pedas beraroma yang seimbang rasa masam, manis, dan wangi daun limau purut.

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
Resepi Nasi Goreng Kampung stail Che Nom yang pedas dan wangi, dihidang bersama Sambal Belacan Padu, telur mata, dan ikan bilis rangup.