Carian Resepi
Carian Live
Menunjukkan 10 resepi daripada 841 total
Sambal Sardin kuah sambal yang mudah dan ringkas, sesuai untuk orang bujang. Ikan sardin digoreng terlebih dahulu sebelum dimasak dengan bahan tumis untuk rasa yang lebih sedap.
Ayam percik bersalut kuah pedas susuai untuk hidangan dibukan Ramdhan, cukup dengan rasa rempah pekat berlemak. Bila dipanggang, hasilnya sungguh mantap, isi ayam kekal moist dan lembut.
Resepi Karipap Sayur dengan inti sayur yang mudah disediakan. Kulit karipapnya rangup dan gebu. Sedap dihidangkan bersama sos cili.
Dendeng Daging cara orang dulu-dulu. Bahan tumis digoreng dulu sebelum dikisar. Daging direbus, dihiris, ditumbuk dan diperap sebelum dimasak. Hasilnya, dendeng tahan lama dan sedap!
Ayam goreng korea yang amat rangup, digoreng dengan teknik istimewa, disalut dengan sos Gochujang yang pekat manis dan pedas, kemudian diilit pula dengan Mozzarella Cheese yang lembut dan bertali pasti menambat hati keluarga terutamanya anak-anak.
Che Nom berkongsi resepi Bubur Lambuk Kg Baru sempena bulan Ramadhan. Resepi warisan ini telah diubah suai untuk kuantiti yang sesuai dimasak di rumah.
Cara membuat Kek Tapak Kuda yang tengah viral. Kek ini sangat halus, lembut, gebu dan premium. Diadun menggunakan kaedah all in one method dan ovalette, kek ini mudah digulung, tidak merekah dan sesuai untuk hidangan raya.
Cara penyediaan Laksam bermula daripada memproses ikan untuk kuah, menyediakan laksam yang lembut, membuat sambal lada, hinggalah kepada penyediaan ulam-ulaman. Laksam merupakan hidangan sihat yang lengkap dengan protein, karbohidrat dan fiber.
Che Nom berkongsi resepi Punten dan Sambal Ijo, makanan tradisi masyarakat Jawa Selangor yang sedang viral. Punten seakan-akan nasi lemak dan nasi impit, dimakan bersama sambal ijo yang pedas dan menyengat.
Churros rangup dengan cinnamon sugar, lengkap dengan coklat dan butterscotch dipping sauce. Video ini menunjukkan cara lengkap menyediakan doh churros, coklat dipping sauce dan butterscotch dipping sauce, serta tips menggoreng churros supaya rangup di luar dan lembut di dalam.