
Nasi Briyani Daging One Pot
Jom tengok che nom share resepi special yang sangat sesuai untuk dimasak sempena hari raya yang dah tak lama lagi iaitu nasi briyani daging. Cara masakkan ni memang cukup mudah kerana semuanya kita gabung dalam satu periuk tak perlu tumis banyak-banyak kali.
Mula-mula kita sediakan daging masak briyani yang berempah dan lemak berkrim kuahnya. Kemudian rebus pula beras basmati untuk hasil nasi yang lembut dan fluffy. Akhir sekali kita lapiskan masakkan daging dan juga nasi.
Rasa nasi briyani daging ni memang sedap sangat, cukup sebati rasa nasinya tu, dengan kuah pekat daging briyani yang dimasak menggunakan Susu Isian Sejat F&N. Masakan jadi extra berkrim dan beraroma. Tanpa kolesterol dan asid lemak trans, memang pilihan yang lebih sihat untuk orang tersayang. Tradisi dihargai. Kenikmatan dirasai.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 2 biji tomato
- 2 sb minyak sapi
- 2 sb minyak masak
- Rempah 4 sekawan (4 cengkih, 1 kayu manis, 2 bunga lawang, 4 buah pelaga)
- 2 helai daun salam
- 1 biji bawang holland
- 1/2 sb biji lada hitam
- 2 inci halia
- 5 ulas bawang putih
- 3 sb rempah briyani
- 3/4 sb serbuk cili
- 1 sk serbuk kunyit
- 3 tangkai cili hijau besar
- 1/2 sb serbuk seasoning
- Garam secukup rasa
- 1.5 kilo daging bertulang
- Air rebusan (agak tenggelam daging)
- 1 sk rempah garam masala (pilihan)
- 1/2 tin Susu Isian Sejat F&N
- Sedikit perahan jus lemon
- Daun ketumbar
- Daun pudina
- 4-5 liter air (untuk rebus)
- 4 kuntum cengkih
- 4 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 helai daun salam
- 1-2 sb garam
- 4 cwn beras basmati
- Sedikit minyak masak
- 1 mangkuk bawang goreng
- Pewarna kuning & oren
- 1Rebus daging bertulang 45 minit dalam pressure cooker atau sampai lembut
- 2Hiris nipis bawang holland,
- 3Potong dua cili hijau besar
- 4Tomato potong kasar.
- 5Kisar halus bawang putih dan halia.
- 6Panaskan minyak sapi dan minyak masak. Tumis rempah 4 sekawan, daun salam dan bawang holland sampai layu.
- 7Masukkan pes bawang putih dan halia
- 8Masuk tomato dan kacau sampai tomato lembut.
- 9Masukan rempah briyani, serbuk cili, serbuk kunyit dan sedikit ait.
- 10Masukkan cili hijau, serbuk seasoning, garam dan air rebusan daging. Masak anggaran 10 minit.
- 11Masukkan daging dan masak sampai daging sebati dengan kuah.
- 12Masukkan garam masala, Susu Sejat F&N, jus lemon, daun ketumbar dan daun pudina. Masak sampai kuah pecah minyak.
- 1Rendam beras 10 minit kemudian toskan air.
- 2Masak air dengan cengkih, buah pelaga, bunga lawang, daun salam dan garam.
- 3Lepas dah mendidih, masukkan beras dan rebus sampai lembut, agak-agak 80% masak.
- 4Tuang minyak sikit kemudian toskan air.
- 5Masukkan separuh nasi dalam kuali kemudian lapis dengan separuh daging briyani tadi.
- 6Tabur daun ketumbar, daun pudina, bawang goreng, titiskan pewarna oren dan kuning sikit.
- 7Lapiskan dengan baki nasi, titis pewarna dan tuang masuk semua baki daging briyani.
- 8Tabur dengan daun ketumbar, daun pudina, bawang goreng.
- 9Tutup rapat, masak atas api perlahan selama 15-20 minit atau sampai naik wap panas.
- •Selepas rebus daging, boleh tunggu sejuk beku untuk buang. Nak terus senduk pon boleh tapi lambat sikit lah.
- •Untuk masakkan berkuah, bawang kena tumis layu je kalau goreng garing nanti liat pulak.
- •Boleh ganti pewarna dengan saffron kalau ada budget lebih.
- •Disebabkan nasi Che Nom dah kering, Che Nom drizzle air 1/4-1/2 cwn sebelum masak nasi kali kedua (dengan daging briyani).
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.
Resipi Komuniti
Resipi istimewa yang dikongsi oleh komuniti kami
Kongsi Resipi Anda Sendiri!
Anda mempunyai resipi istimewa? Kongsi dengan komuniti kami dan dapatkan maklum balas daripada pencinta masakan lain!

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Tart Nenas Cheese Bar
Tart nenas versi yang sangat menarik iaitu Tart Nenas Cheese Bar. Bahan asas nya sama mcm tart nenas biasa, cuma teknik untuk melapis tu yang sangat penting untuk guna cara yang mudah dan efficient.
Diterbitkan pada 15 Mei 2024

Biskut Chocolate Chip
Untuk mendapatkan biskut yang tebal seperti "Famous Amos" sudukan ke atas dulang rapat-rapat, dan sejukkan di ...
Diterbitkan pada 25 Julai 2018

Banana Cake Recipe
Banana Cake recipe is easy and delicious, Bananas are rich in potassium, very good for reducing high blood pressure and ...
Diterbitkan pada 13 Julai 2014

Biskut Coklat Mocha
Resipi Biskut Coklat Mocha ini diambil dari blog Resipi Citarasawan. Memang sedap sangat biskut ni..anak-anak Che Nom sa...
Diterbitkan pada 20 Jun 2015

Kek Tapak Kuda
Cara membuat Kek Tapak Kuda yang tengah viral. Kek ini sangat halus, lembut, gebu dan premium. Diadun menggunakan kaedah all in one method dan ovalette, kek ini mudah digulung, tidak merekah dan sesuai untuk hidangan raya.
Diterbitkan pada 27 Februari 2024

Udang Kam Heong
Udang kam heong memang cukup dengan rasa berempah, rasa masam manis, dengan wangi daun kari cukup sedap. Cepat disediakan dan bahan pon tak banyak. Sesuai sangat kalau ada udang fresh dekat rumah.
Diterbitkan pada 27 Jun 2024
Resepi Terbaru

Sup Ayam Beraroma Istimewa
Sup ayam ringkas dan beraroma dengan tumis darat.

Tempe Goreng Rangup
Tempe goreng nipis, rangup dan berempah.

Kacang Buncis Goreng Tempe
Kacang buncis rangup bersama tempe goreng, mudah dan sedap.

Ayam Panggang Style Che Nom
Ayam panggang berempah, lembut dan kulit rangup dengan sentuhan rempah Che Nom.

Set Ayam Gepuk dengan Sambal Gesek Istimewa
Set Ayam Gepuk lengkap dengan sambal gesek pedas berlemak.

Biskut Cornflakes Madu
Biskut raya ringkas dengan kombinasi cornflakes rangup dan madu. Sungguh sedap dan mudah disediakan!