
Resepi Ketam Masak Cili
Che Nom berkongsi resepi Ketam Masak Cili kegemarannya yang menggunakan ketam nipah. Berbeza dengan kebiasaan, ketam dikukus terlebih dahulu sebelum digaul dengan kuah cili yang pekat dan berlemak. Resepi ini sesuai untuk hidangan berbuka puasa.
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 6 tangkai cili merah
- 8 tangkai cili padi
- 3-4 biji bawang merah kecil
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 batang serai
- Air (untuk kisar)
- 3 ekor ketam nipah
- 1/2 cwn minyak masak
- 1 tangkai daun kari
- 1 sk penuh serbuk kari ikan
- Air secukupnya (untuk kuah)
- 1 sb sos tiram
- 2 sb sos cili
- 2 sb sos tomato
- Garam secukup rasa
- 1 sb gula
- 1/2 tin Susu Isian Sejat F&N
- Sedikit perahan jus limau nipis
Cara Buat Ketam Masak Cili
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Potong kasar cili merah besar, cili padi, bawang merah kecil, bawang putih, halia dan serai.
- 2Kisar halus semua bahan potong tadi dengan sedikit air.
- 3Untuk cuci ketam nipah, pertama buang bahagian perut, misai dan trim kaki yang tajam.
- 4Kedua tarik keluar bahagian penyepit, cengkarang badan dan insang. Kalau ada telur, jangan basuh atau buang. Kaut masuk dalam cengkerang tadi.
- 5Potong ketam kepada 2-4 bahagian. Penyepit ketuk bagi retak (supaya senang makan).
- 6Basuh ketam dan kukus 10 minit atas api besar.
- 7Panaskan minyak dan tumis daun kari sampai naik bau.
- 8Masukkan bahan kisar, serbuk kari ikan, sedikit air, sos tiram, sos cili dan sos tomato. Tumis sampai naik minyak.
- 9Boleh perasakan dengan garam, gula, air rebusan ketam dan Susu Isian Sejat F&N.
- 10Bila kuah dan mendidih, masukkan ketam kukus dan sedikit jus limau nipis.
- 11Tabur daun kari goreng untuk hiasan dan sedia untuk dihidang.
Video
Bantuan Semasa Memasak
Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.
Pengenalan
Kali Ketam Masak CIli versi kegemaran Che Nom. Sapa suka makan ketam wajib cuba resepi ni. Kuahnya dimasak menggunakan 2 jenis cili, ditumis dengan sedikit daun kari dan rempah kari untuk bangkitkan aroma. Che Nom guna ketam nipah.
Biasanya ketam digoreng tapi Che Nom lebih suka guna kaedah kukus sebelum kita gaul dengan kuah bercili yang dimasak pekat menggunakan Susu Isian Sejat F&N. hasil kuah tu memang pekat berlemak dan bersalut elok bila kita gaul dengan ketam. Antara menu terbaik untuk berbuka puasa.
Masakan jadi extra berkrim dan beraroma. Susu Isian Sejat F&N ni tanpa kolesterol dan asid lemak trans, memang pilihan yang lebih sihat untuk orang tersayang.
Lebih banyak resepi berbuka, boleh tengok dekat website F&N https://my.fnlife.com/fn-140-years-recipe-ebook
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api Pucuk Paku

Resepi Shell Out

Resepi dan Cara Buat Pes Tomyam Homemade Pekat & Wangi (Guna Bahan Segar)

Resepi Sambal Sotong Lembut Tak Liat (Pekat Bersalut)

Resepi Sambal Tumis Udang Petai Pekat & Wangi, Cara Che Nom

Resepi Vietnamese Spring Rolls dan Sos Pedas
Resepi Terbaru

Resepi Dalca Tulang, Nasi Minyak dan Acar Timun

Resepi Ayam Belengas Viral

Resepi Chicken Tenders Homemade Dengan Creamy Garlic Sauce

Resepi Set Nasi Kerabu

Resepi Ayam Gunting Pasar Malam



