ResepiCheNom
Brownies Kedut Super Sedap by Che Nom
Kek

Resepi Brownies Kedut Super Sedap By Che Nom

Prep 15 minMasak 35 minJumlah 50 minHidangan 25 keping

Jom buat brownies kedut paling padu ala Che Nom, tekstur fudgy lembab dengan bau coklat yang harum.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 300g coklat gelap/dark chocolate300g coklat gelap/dark chocolatelebih tepat dalam gram
  • 150g mentega tak bergaram/unsalted butter150g mentega tak bergaram/unsalted butterlebih tepat dalam gram
  • 100g tepung gandum± ¾ cawan + 1 sudu besar± ¾ cawan(100g tepung gandum)
  • 30g serbuk koko± ⅓ cawan± ⅓ cawan(30g serbuk koko)
  • ½ sudu kecil garam halus½ sudu kecil garam halus3g
  • 2 sudu besar air panas2 sudu besar air panas30g
  • ¾ sudu kecil serbuk espresso/nescafe¾ sudu kecil serbuk espresso/nescafe4g
  • 200g gula perang (soft brown sugar), kurangkan 150g kalau nak kurang manis± ¾ cawan + 3 sudu besar± ¾ cawan + 2 sudu besar(200g gula perang (soft brown sugar), kurangkan 150g kalau nak kurang manis)
  • 4 biji telur (gred B)4 biji telur (gred B)
  • 1 sudu kecil esen vanilla1 sudu kecil esen vanilla

Cara Buat Brownies Kedut

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Panaskan oven pada suhu 160°C. Gris dulang bersaiz 9X9 inci dengan mentega dan lapik dengan kertas baking.
  2. 2
    Cairkan dark chocolate bersama mentega menggunakan kaedah double boiler. (Sila rujuk tips).
  3. 3
    Ayak semua bahan kering iaitu tepung gandum, serbuk koko dan garam halus.
  4. 4
    Bancuh air panas bersama serbuk espresso atau nescafe. Ketepikan.
  5. 5
    Pukul telur bersama gula sehingga sebati, tapi JANGAN lama dan kuat sangat. Nanti tak jadi kedut.
  6. 6
    Masukkan esen vanilla.
  7. 7
    Masukkan cairan coklat dan metega tadi, bersama juga bancuhan kopi. Kacau sekejap.
  8. 8
    Masukkan bahan ayak dan kaup balikkan menggunakan spatula agar semua bahan sekata.
  9. 9
    Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-35 minit, atau sehingga lidi yang dicucuk ada sedikit basah berketul coklat bila ditarik keluar. Tak perlu licin sgt nanti brownies akan overbaked.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
150g mentega tak bergaram/unsalted butter bersamaan berapa cawan?
± ⅔ cawan (cawan US 240ml).
100g tepung gandum bersamaan berapa cawan?
± ¾ cawan + 1 sudu besar (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Kaedah Double Boil ialah kaedah dimana kita masah sesuatu bahan dengan menggunakan steam di permukaan bawah, tanpa terkena direct heat dari api. panaskan periuk kecil dan letak mangkuk di atasnya sebagai penutup supaya steam tak keluar.
  • Boleh juga gantikan tepung gandum dengan tepung naik sendiri, tapi tekstur brownies akan jadi lebih ringan dan macam kek sikit, kurang fudgy.
Video
Pengenalan

Che Nom akan tunjukkan cara buat brownies yang paling sedap dan takkan anda lupakan.

Tekstur brownies ni sangat fudgy dan lembab, sangat harum baunya, rupa kedutan atas yang menarik, ditambah pula rasa coklat yang di enhance kan rasanya dengan bancuhan kopi atau espresso, memang macam makan kat cafe mahal lah.

Diterbitkan pada 15 November 2019109.8K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru