ResepiCheNom
Brownie Cookies

Resepi Brownie Cookies

Prep 35 minMasak 11 minJumlah 46 minHidangan 24 biji

Brownie cookies coklat gelap yang rangup di luar, lembut fudgy di dalam, siap dengan ketulan coklat cair bila dibakar. Memang ngam untuk minum petang dengan kopi.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 350 g dark chocolate350 g dark chocolatelebih tepat dalam gram
  • 40 g (3 sudu besar) mentega± 3 sudu besar± 3 sudu besar(40 g (3 sudu besar) mentega)
  • 2 biji telur + 1 biji kuning telur2 biji telur + 1 biji kuning telur
  • 2/3 cawan (150 g) gula kastor± ¾ cawan± ½ cawan + 4 sudu besar(2/3 cawan (150 g) gula kastor)
  • 1 sudu teh esen vanilla1 sudu teh esen vanilla
  • 1/4 cawan (35 g) tepung gandum± ¼ cawan± ¼ cawan(1/4 cawan (35 g) tepung gandum)
  • ¼ sudu teh baking powder¼ sudu teh baking powder1g

Cara Buat Brownie Cookies

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Panaskan oven pada suhu 180 °C.
  2. 2
    Cairkan 200 g dark chocolate bersama mentega di atas air yang mendidih (kaedah double boiler).
  3. 3
    Cincang kasar baki 150 g dark chocolate tadi dan ketepikan.
  4. 4
    Pukul gula bersama telur dan esen vanilla sehingga kembang dan putih, dalam anggaran masa dalam 10-15 minit.
  5. 5
    Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak ke dalam adunan telur.
  6. 6
    Masukkan pula coklat cair dan ketulan coklat yang dicincang. Kacau dengan spatula hingga sebati. Jangan sesekali menambah tepung kerana adunan memang lembik.
  7. 7
    Rehatkan adunan selama 10 minit di dalam peti ais.
  8. 8
    Kautkan 1 sudu penuh doh ke atas loyang yang telah digriskan dengan mentega dan dilapik dengan kertas parchment.
  9. 9
    Bakar di dalam oven selama 9-11 minit.
  10. 10
    Angkat dan sejukkan di atas rak penyejuk. Biskut akan lembik ketika panas, tetapi akan mengeras apabila disejukkan.
Versi Air Fryer pautan

Air fryer (jenis basket) — Brownie Cookies

  1. Panaskan awal air fryer pada 160°C selama 3 minit.
  2. Sediakan bakul: lapik dengan kertas baking berlubang atau kertas baking yang dipotong ikut saiz (jangan menutup semua aliran udara). Sapu nipis minyak jika perlu.
  3. Susun doh: letak 4–8 ketul setiap batch, jarakkan 3–5 cm.
  4. Bakar pada 150–165°C selama 6–10 minit.
    • Semak awal pada minit ke-7 (warna dan set di tepi).
  5. Rehatkan biskut 2–3 minit dalam bakul (ia akan terus mengeras sedikit), kemudian alih ke rak penyejuk.
  6. Ulang untuk batch seterusnya; laras suhu/masa ikut batch pertama.

Anggaran. Bergantung pada model air fryer.

Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
40 g (3 sudu besar) mentega bersamaan berapa sudu besar?
± 3 sudu besar (cawan US 240ml).
2/3 cawan (150 g) gula kastor bersamaan berapa cawan?
± ¾ cawan (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Adunan telur, gula dan esen vanila harus dipukul sehingga kembang 3 kali ganda supaya biskut akan lembut di tengah dan menghasilkan lapisan kedut, kilat dan merekah dengan cantik apabila dibakar.
  • Doh pula mesti direhatkan di dalam peti ais supaya adunan rehat dan senang dibentuk, juga dapat mengawal cookies dari merebak dengan banyak ke bahagian tepi dan terlalu leper.
Pengenalan

Resepi coklat brownie cookies yang sangat sedap dan cookies ni memang kegemaran Che Nom sekeluarga. Anda harus gunakan dark chocolate yang berkualiti tinggi kerana akan menghasilkan brownie cookies yang sangat sedap. Tekstur nya adalah rangup di luar dan lembut di dalam.

Sangat sesuai di hidangkan bersama kopi buat minum petang. Resepi ni Che Nom ambil dari blogger yang berasal dari Norway, dan apa yang membuatkan cookies ni bertambah sedap bila dimasukkan ketulan coklat, apabila dibakar akan cair di dalamnya. Resepi yang harus dicuba!

Diterbitkan pada 22 Mei 201630K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru