
Resepi Biskut Red Velvet White Chocolate Chips
Biskut Red Velvet dengan white chocolate chips ni rangup di luar, lembut dan chewy di dalam-memang sesuai untuk Raya atau dessert table.
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 2 1/2 sudu besar serbuk koko
- 1 sudu teh tepung jagung
- 3/4 sudu teh baking powder
- 1/2 cawan mentega, lembutkan
- 1 cawan gula kastor
- 1 sudu kecil vinegar atau cuka makan
- 1 biji telur Gred A
- 1 1/2 sudu kecil ekstract vanilla
- 1 1/2 sudu kecil pewarna merah
- 3/4 cawan white chocolate chips
Cara Buat Biskut Red Velvet White Chocolate Chips
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Ayak tepung gandum, serbuk koko, tepung jagung dan baking powder di dalam mangkuk dan ketepikan.
- 2Dengan menggunakan mixer, putar mentega bersama gula kastor dan vinegar sehingga putih dan kembang. Anggaran dalam 3-4 minit.
- 3Masukkan pula telur, esen vanilla dan pewarna merah kemudian pukul sebati.
- 4Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan akhir sekali masukkan separuh white chocolate chip. Separuh lagi digunakan untuk hiasan sebelum dibakar.
- 5Sudukan doh menggunakan ice cream scoop di atas dulang yang telah dilapik dengan kertas minyak. Kalau tak ada ice cream scoop sudu pun boleh cuma saiz harus sekata supaya waktu masak adalah sama.
- 6Masukkan doh yang sudah di scoop tadi ke dalam peti ais selama 15 minit. Ini adalah supaya biskut tidak terlalu nipis dan melebar apabila dibakar.
- 7Bakar pada suhu 160°C selama 9-11 minit. Masa adalah bergantung pada saiz oven dan jenis oven anda.
- 8Angkat dan sejukkan biskut di atas redai. Biskut memang lembut apabila baru masak dan panas, tetapi akan mengeras di waktu proses penyejukan.
- 9Simpan di dalam bekas kedap udara apabila sudah sejuk sepenuhnya.
Versi Air Fryer pautan
Air fryer (jenis basket) – Biskut Red Velvet White Chocolate Chips (nipis)
- Panaskan air fryer pada 150°C selama 3 minit.
- Susun biskut di dalam bakul atas kertas baking berlubang (jika ada). Jarakkan 2–3 cm antara satu sama lain.
- Bakar pada 140–155°C selama 5–8 minit.
- Semak awal pada minit ke-5 (ini penting sebab biskut nipis cepat masak).
- Tanda masak: tepi nampak set, permukaan retak halus, bawah perang muda.
- Rehatkan biskut 3–5 minit atas tray/rak selepas keluar—ia akan terus mengeras sedikit.
Nota ringkas: Jika air fryer anda kuat, mula pada 140–145°C dulu dan laras ikut hasil batch pertama.
Anggaran. Bergantung pada model air fryer.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 1 sudu teh tepung jagung bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 2g (cawan US 240ml).
- 3/4 sudu teh baking powder bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 3g (cawan US 240ml).
Video
Bantuan Semasa Memasak
Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.
Pengenalan
Resepi Biskut Red Velvet istimewa, sesuai juga untuk dihidangkan pada hari raya atau di 'dessert table' di majlis hari jadi. Biskut atau cookies begini termasuk dalam kategori 'drop cookies' kerana teksturnya yang melekit dan disudukan dengan secukupnya kemudian dijatuhkan di atas dulang pembakar.
Resepi diambil dari website cookingclassy.com. Tekstur biskut ni rangup di luar, lembut di dalam, chewy dan sangat sedap. Kalau anda sukakan biskut lebih rangup, bakar dengan lebih lama (anggaran lebih 3 hingga 4 minit).
Satu cara yang Che Nom suka buat dengan drop cookies ialah rehatkan biskut dahulu di dalam peti ais selama 10-15 minit sebelum dibakar supaya biskut tidak terlalu melebar dan mengekalkan sedikit ketebalan yang sesuai. Sila lah cuba. Sebarang pertanyaan boleh komen di bawah, Che Nom akan cuba jawab.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Resepi Dalca Tulang, Nasi Minyak dan Acar Timun

Resepi Ayam Belengas Viral

Resepi Chicken Tenders Homemade Dengan Creamy Garlic Sauce

Resepi Set Nasi Kerabu

Resepi Ayam Gunting Pasar Malam









