ResepiCheNom
Blueberry Cheesetart

Resepi Blueberry Cheesetart

Prep 45 minMasak 40 minJumlah 1 jam 25 minHidangan 58 biji

Blueberry cheesetart montok dengan filling cream cheese berlemak manis dan blueberry yang padu, dalam tart shell rangup cair di mulut.

Bahan-bahan

Sukatan
Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Tart Shell

  • 250g tepung gandum± 2 cawan± 1 ¾ cawan + 3 sudu besar(250g tepung gandum)
  • 125g mentega tak bergaram125g mentega tak bergaramlebih tepat dalam gram
  • 40g gula aising± 3 sudu besar± 3 sudu besar(40g gula aising)
  • secubit garamsecubit garam
  • 1 sudu besar susu tepung1 sudu besar susu tepung8g
  • 1 kuning telur1 kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanila1 sudu kecil esen vanila5g

Bahan Untuk Cream Cheese Filling

  • 500g krim keju500g krim kejulebih tepat dalam gram
  • 30g mentega tak bergaram30g mentega tak bergaramlebih tepat dalam gram
  • 100g gula aising± ½ cawan± ½ cawan(100g gula aising)
  • 1 biji telur (guna 3 sudu besar)1 biji telur (guna 3 sudu besar)
  • 1 sudu kecil esen vanila1 sudu kecil esen vanila5g
  • ½ sudu besar jus lemon½ sudu besar jus lemon8g
  • Jem blueberryJem blueberry

Cara Buat Blueberry Cheesetart

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Tart Shell

  1. 1
    Ayak gula aising.
  2. 2
    Asingkan telur kuning dengan telur putih. Ambil bahagian telur kuning.
  3. 3
    Masukkan tepung gandum, gula aising, secubit garam, dan mentega tak bergaram lalu putar atau gaul adunan sehingga sekata sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  4. 4
    Masukkan susu tepung, telur kuning dan esen vanilla. Putar atau gaul sehingga kesemua adunan menjadi sebati.
  5. 5
    Tambah air sejuk jika adunan terlalu kering sehingga adunan boleh digumpal.
  6. 6
    Rehatkan doh selama jam dalam peti sejuk.
  7. 7
    Sesudah itu, masukkan doh dalam acuan. Letakkan doh di tengah acuan lalu tekan dan ratakan ke bahagian tepi acuan sehingga rapat dan sekata.
  8. 8
    Trim lebihan doh supaya kelihatan lebih kemas
  9. 9
    Cucuk bahagian bawah tart menggunakan garfu untuk menggelakkan bahagian bawah tidak menggelembung semasa dibakar.
  10. 10
    Bakar pada suhu 16c dalam masa selama 15-20 minit
  11. 11
    Sesudah dibakar, keluarkan tart dari acuan dan sejukkan.

Untuk Cream Cheese Filling

  1. 1
    Masukkan cream cheese dan mentega tak bergaram kedalam bekas pengadun, lalu putar sehingga kedua bahan sebati.
  2. 2
    Sambil putar, masukkan gula aising yang telah diayak, esen vanilla, telur, jus lemon (pilihan). Putar dalam anggaran masa 10 minit sehingga adunan menjadi pekat dan licin
  3. 3
    Masukkan cream cheese dan jem blueberry secukupnya dalam piping bag.

Untuk Blueberry Cheesetart

  1. 1
    Pipe kan jem blueberry filling kedalam shell tart diikuti dengan cream cheese diatasnya.
  2. 2
    Gunakan air dengan basahkan di hujung jari lalu basahkan tajam di hujung cream cheese (pilihan).
  3. 3
    Bakar blueberry cheesetart pada suhu 170 selama 10 -15 minit sehingga cheese tidak melekat bila disentuh, lalu sejukkan seketika.
  4. 4
    Masukkan jem blueberry kedalam piping bag dan gunting sedikit hujung muncung piping bag.
  5. 5
    Hiaskan atas cheesetart dengan piping blueberry filling mengikut kreativiti.
  6. 6
    Kemudian, blueberry cheesetart siap untuk dihidang dan dijamu selera.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
250g tepung gandum bersamaan berapa cawan?
± 2 cawan (cawan US 240ml).
125g mentega tak bergaram bersamaan berapa cawan?
± ½ cawan + 1 sudu besar (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Mentega tak bergaram untuk adunan tart shell mestilah sejuk.
  • Adunan tart shell boleh diputar menggunakan food processor atau digaul menggunakan tangan, asalkan adunan menjadi sekata.
  • Adunan tart shell jangan diuli terlebih lama bagi mengelakkan pastry menjadi keras.
Tunjuk semua petua (9)
Petua & Panduan
  • Boleh gunakan alat penekan tart untuk lebih cepat dan mudah jika tidak mahu gunakan tangan,
  • Tambahan jus lemon kedalam cream cheese membantu untuk menghilangkan muak cheese dan sedapkan lagi rasa cheesetart. Jadi, jus lemon adalah pilihan samada mahu ditambah kedalam, cheese tart ataupun tidak.
  • Blueberry filling jangan masukkan terlalu banyak kedalam tart shell supaya tak melimpah keluar semasa dibakar.
  • Gunting hujung piping bag cukup besar dalam besarnya dari bulatan tart shell dan pipe kan secara meninggi cream cheese kedalam tart shell.
  • Jika bakar cheesetart terlalu lama, tart shell akan menjadi merekah dan tidak cantik.
  • Sebelum dihias blueberry cheesetart, pastikan cheesetart sudah sejuk bagi menggelakkan blueberry menjadi cair.
Video
Pengenalan

Edisi Niaga Tart resepi 1 : Blueberry Cheesetart yang montok, penuh dengan rasa cream cheese dan sedap sangat bila digabungkan bersama blueberry filling.

Tart shell pula rangup dan cair di mulut menambahkan lagi rasa special cheese tart ini. Bagi Che Nom cheese tart yang sedap perlu ada 2 kriteria iaitu cream cheese filling yang berlemak manis secukup rasa, dan tart yang cukup rangup hasil dari adunan butter dan cara penghasilan yang teliti..

Hasil : Anggaran 55-60 biji tart bersaiz 4.5cm

Diterbitkan pada 7 Jun 202177.8K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru