Biskut Suji Arab

Satu lagi biskut kuih raya yang Che Nom nak share kali ni ialah, Biskut Suji Arab atau biskut snowball orang kata. Biskut ni pun kategori yang tak pakai banyak bahan dan mudah nak buat. Dari segi rupa, biskut suji arab ni seakan-akan sama dengan biskut Makmur, cumanya biskut Makmur ada inti kacang tanah.

Bahan yang paling utama untuk dapatkan rasa special biskut ni ialah minyak sapi, atau ghee atau pun dipanggil clarified butter. Jadi rasa berlemak tu another level berbanding kalau guna butter. Selepas kita dah uli dan bakar biskut, kita salut pula dengan salutan susu untuk lebih rasa lemak susu tu bila makan. Memang rangup, gebu dan sedap manis berlemak biskut ni.

Anggaran hasil: 80-90 biji

NOTA: Boleh guna pure butter jenama QBB atau Enricos. Nak guna ghee campuran pun ok saja tetap sedap.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan:
    • 2 ¼ cawan tepung gandum
    • 200g minyak sapi
    • ½ cawan gula icing
    • 1 sudu kecil esen vanila
    • ¼ sudu kecil garam
    • 3 sudu besar susu tepung
  • Bahan-bahan salutan:
    • ¼ cawan susu tepung
    • ¼ cawan gula aising

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk Biskut Suji Arab:
    1. Ayak tepung gandum.
    2. Di dalam mangkuk, masukkan minyak sapi, gula aising, garam dan esen vanilla. Kacau sebati kesemua bahan.
    3. Masukkan susu tepung dan diikuti dengan tepung gandum sedikit demi sedikit
    4. Gaul sebati adunan sehingga lembut.
    5. Gris loyang dengan mentega/marjerin.
    6. Bentukkan adunan menjadi bulat atau bebola dengan saiz besar yang sama
    7. Bakar adunan biskut pada suhu 160˚C dalam anggaran selama 20 minit.
    8. Sejukkan seketika.
    9. Masukkan biskut suji dalam bahan salutan dan gaul sehingga bersalut sekata.
    10. Hiaskan dalam cawan kertas dan Biskut Suji Arab siap untuk dihidang.
  2. Cara-cara untuk salutan:
    1. Masukkan gula aising dan susu tepung. Gaul sekata kedua bahan.

Tip:

  • Jika tekstur biskut suji merekah teruk ketika atau setelah dibakar, turunkan suhu ketuhar sedikit.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.