
Resepi Biskut Kelapa Rangup
Biskut kelapa rangup beraroma pandan, memang ngam untuk hidangan raya. Bahan pun mudah, boleh hias dengan ceri atau drizzle coklat ikut selera.
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 250 gram mentega
- 80 gram (2/3 cawan) tepung jagung, diayak
- 250 gram (2 cawan) tepung naik sendiri, diayak
- 120 gram (kurang sedikit 2/3 cawan) gula kastor
- 2 biji telur kuning
- 2 sudu teh pandan paste
- 1/2 sudu teh esen pandan
- 80 gram (1 cawan) kelapa kering, kisar halus
- Kelapa kasar untuk hiasan
- Telur putih untuk hiasan
- Ceri merah untuk hiasan (optional)
- Coklat cair untuk hiasan (optional)
Cara Buat Biskut Kelapa
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Putar mentega dan gula sehingga sebati, cukup sehingga mentega bertukar menjadi kuning pucat.
- 2Masukkan kuning telur, esen pandan, pandan paste, dan pewarna hijau. Putar sehingga sebati. Jika anda menggunakan mixer, pastikan mengacau di bahagian bawah mangkuk mixer dengan spatula supaya adunan betul-betul sebati.
- 3Masukkan kelapa kering yang dikisar, diikuti tepung jagung dan tepung gandum.
- 4Kacau sehingga mendapat doh yang lembut. Tambahkan sedikit tepung jika doh agak lembik, tetapi jangan terlebih tepung.
- 5Rehatkan doh selama 10-15 minit.
- 6Canai doh dan terap mengikut acuan pilihan anda. Sapu bahagian atas dengan telur putih dan taburkan dengan kelapa kering. Boleh juga ditelangkupkan bahagian atas biskut di dalam bekas yang ditaburi kelapa kering. Hiaskan dengan ceri (jika suka).
- 7Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160 darjah celcius selama 20 minit.
Versi Air Fryer pautan
Cadangan Air Fryer Basket
- Pra-panas: 155°C selama 3 minit.
- Bakar: 145-155°C selama 7-11 minit.
- Semak awal: mula semak pada minit ke-6.
- Susunan batch: 6-10 keping, jarak 2-3 cm.
Tanda masak:
- Bahagian tepi biskut mula keemasan tetapi tengah masih sedikit lembut.
- Permukaan nampak set dan tidak lagi berkilat basah.
- Biskut mengeras sedikit selepas 3-5 minit dibiarkan sejuk.
Jika perlu laras:
- Jika biskut cepat perang di luar tetapi tengah masih lembik: Turunkan suhu 10°C dan tambah masa 1-2 minit sambil semak setiap 1 minit.
- Jika biskut terlalu pucat selepas masa minimum: Tambah masa 1 minit setiap pusingan sehingga warna keemasan ringan muncul.
- Jika bentuk merebak terlalu banyak: Sejukkan doh 10-15 minit dahulu dan kurangkan suhu 5-10°C.
- Jika batch seterusnya lebih cepat masak: Kurangkan masa 1-2 minit untuk batch selepas pertama.
Semak awal kerana setiap model air fryer beri haba berbeza.
Maklumat belum lengkap: oven.temp_c.
Andaian semasa:
- Julat diset konservatif untuk elak biskut cepat hangus.
- Batch pertama digunakan untuk kalibrasi model air fryer.
- Suhu oven asal tidak ditemui; guna julat 145-160°C sebagai baseline.
- Data oven utama tidak lengkap, jadi baseline selamat digunakan.
Anggaran. Bergantung pada model air fryer.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 2 sudu teh pandan paste bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 13g (cawan US 240ml).
- 1/2 sudu teh esen pandan bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 3g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Video
Pengenalan
Resepi biskut kelapa yang berperisa pandan terbaik jika dihidangkan di hari raya. Sebagai peminat biskut kelapa saya akui biskut ini memang sedap dan sangat rangup.
Keharuman dari pati pandan menambahkan lagi keistimewaan biskut ini. Bahan-bahan adalah mudah, bahan kebiasaan yang boleh didapati di kedai barangan bakery.
Untuk hiasan anda boleh memilih untuk meletakkan ceri atau 'drizzle' dengan cairan coklat.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Resepi Dalca Tulang, Nasi Minyak dan Acar Timun

Resepi Ayam Belengas Viral

Resepi Chicken Tenders Homemade Dengan Creamy Garlic Sauce

Resepi Set Nasi Kerabu

Resepi Ayam Gunting Pasar Malam









