Resepi Biskut Cornflakes
Biskut Cornflakes rangup di luar, lembut sikit macam kek di dalam, memang sedap dan mudah dibuat. Sesuai sangat untuk kuih raya, anak-anak pun mesti suka.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1/2 cawan mentega
- 1/2 cawan gula kastor
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu kecil serbuk penaik
- 1 cawan cornflakes, kisar halus
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 biji telur
- 1/2 cawan kismis hitam, lebihkan sedikit jika anda suka
- 2-3 cawan cornflakes, ramas kasar
- paper cup
- ceri, untuk hiasan
Cara Buat Biskut Cornflakes
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang. Kemudian masukkan esen vanilla dan telur. Pukul sehingga sebati.
- 2Ayak tepung dan serbuk penaik dalam bekas berasingan dan gaulkan dengan kismis bersama cornflakes yang dikisar halus.
- 3Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega dan kacau sebati. Jangan tambah tepung kerana adunan sepatutnya agak lembik.
- 4Rehatkan adunan di dalam peti ais selama 5-10 minit.
- 5Sudukan adunan dan uli di atas cornflakes yang diramas kasar menjadi bentuk bebola. Masukkan ke dalam paper cup dan hias dengan ceri.
- 6Bakar dalam oven bersuhu 180ºc selama lebih kurang15 minit atau sehingga biskut menjadi sedikit keperangan.
- 7Sejukkan pada suhu bilik dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 59 biji
- Kalori
- 40 kcal
- Protein
- 0.5 g
- Karbohidrat
- 6.5 g
- Lemak
- 1.5 g
- Serat:
- 0 g
- Gula:
- 3 g
- Natrium:
- 30 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Mentega dikira jenis bergaram (punca utama natrium).
- Cornflakes salutan dianggar 2½ cawan (~75 g) daripada julat 2-3 cawan.
- Ceri hiasan dianggar 40 g keseluruhan (separuh biji sebiji biskut).
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Versi Air Fryer pautan
Air Fryer (Basket) — Biskut Cornflakes
- Panaskan awal air fryer pada 150°C selama 3 minit.
- Susun biskut satu lapis di dalam bakul (jangan bertindih), jarakkan lebih kurang 1–2 cm.
- Bakar pada 145–160°C selama 5–9 minit.
- Semak awal pada minit ke-4 (ini penting sebab biskut mudah cepat perang dalam air fryer).
- Bila siap, biarkan 5–10 minit atas rak/alas supaya biskut mengeras dan rangup.
Nota: Jika cornflakes mudah gelap, mula pada 145–150°C dahulu dan laras ikut model air fryer anda.
Anggaran. Bergantung pada model air fryer.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 1/2 cawan mentega bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 114g (cawan US 240ml).
- 1/2 cawan gula kastor bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 100g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Selepas 15 minit di dalam oven, biskut masih lagi sedikit lembik. Tetapi tidak mengapa, kerana semasa proses penyejukan biskut akan berubah menjadi seperti tekstur kek di dalam dan rangup di luar.
Pengenalan
Resepi Biskut Cornflakes yang sangat sedap.
Teksturnya adalah rangup di luar dan sedikit lembut seperti kek di dalam.
Anak-anak pasti menggemarinya di hari raya.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Asam Laksa Penang Kuah Pekat

Resepi Kentang Wedges Air Fryer









