ResepiCheNom
Biskut Cornflake Madu dengan OREO

Resepi Biskut Cornflake Madu Dengan OREO

Prep 20 minMasak 10 minJumlah 30 minHidangan biji

Biskut Cornflake Madu Cawan OREO ni rangup, manis berlemak dan senang sangat nak buat. Guna Golden OREO edisi terhad untuk rasa Raya yang lain dari biasa.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 85g biskut Golden Oreo atau Original Oreo (anggaran 9 keping)85g biskut Golden Oreo atau Original Oreo (anggaran 9 keping)lebih tepat dalam gram
  • 1/8 cawan mentega1/8 cawan mentega28g
  • 1/8 cawan madu1/8 cawan madu43g
  • 2 ½ cawan kepingan jagung (cornflakes)2 ½ cawan kepingan jagung (cornflakes)
  • 50g kurma tiada biji50g kurma tiada bijilebih tepat dalam gram
  • 20g biskut Original Oreo20g biskut Original Oreolebih tepat dalam gram
  • bijian manik taburan, secukupnyabijian manik taburan, secukupnya

Cara Buat Biskut Cornflake Madu Dengan OREO

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Patahkan biskut Golden Oreo atau Original Oreo dan masukkan kedalam food processor untuk dikisar.
  2. 2
    Kisar sehingga menjadi serbuk-serbuk kasar seperti bread crumbs.
  3. 3
    Patahkan biskut Original Oreo menjadi ketulan kecil untuk hiasan.
  4. 4
    Cairkan butter bersama madu.
  5. 5
    Ramas cornflake supaya hancur sikit.
  6. 6
    Ambil kurma dan potong kecil.
  7. 7
    Masukkan serbuk biskut Golden Oreo, butter dan madu cair.
  8. 8
    Kacau sebati.
  9. 9
    Masukkan hirisan kurma.
  10. 10
    Gaul sekali lagi.
  11. 11
    Sudukan masukkan kedalam cawan kertas.
  12. 12
    Hias dengan biskut Oreo dan sprinkles.
  13. 13
    Masukkan kedalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 150 degree Celsius selama 10-15 minit.
Versi Air Fryer pautan

Cadangan Air Fryer Basket

  • Pra-panas: 155°C selama 3 minit.
  • Bakar: 145-155°C selama 7-11 minit.
  • Semak awal: mula semak pada minit ke-6.
  • Susunan batch: 6-10 keping, jarak 2-3 cm.

Tanda masak:

  • Bahagian tepi biskut mula keemasan tetapi tengah masih sedikit lembut.
  • Permukaan nampak set dan tidak lagi berkilat basah.
  • Biskut mengeras sedikit selepas 3-5 minit dibiarkan sejuk.

Jika perlu laras:

  • Jika biskut cepat perang di luar tetapi tengah masih lembik: Turunkan suhu 10°C dan tambah masa 1-2 minit sambil semak setiap 1 minit.
  • Jika biskut terlalu pucat selepas masa minimum: Tambah masa 1 minit setiap pusingan sehingga warna keemasan ringan muncul.
  • Jika bentuk merebak terlalu banyak: Sejukkan doh 10-15 minit dahulu dan kurangkan suhu 5-10°C.
  • Jika batch seterusnya lebih cepat masak: Kurangkan masa 1-2 minit untuk batch selepas pertama.

Semak awal kerana setiap model air fryer beri haba berbeza.

Maklumat belum lengkap: oven.temp_c.

Andaian semasa:

  • Julat diset konservatif untuk elak biskut cepat hangus.
  • Batch pertama digunakan untuk kalibrasi model air fryer.
  • Suhu oven asal tidak ditemui; guna julat 145-160°C sebagai baseline.
  • Data oven utama tidak lengkap, jadi baseline selamat digunakan.

Anggaran. Bergantung pada model air fryer.

Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
1/8 cawan mentega bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 28g (cawan US 240ml).
1/8 cawan madu bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 43g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Ramas sedikit cornflake supaya senang nak masukkan dalam cawan kertas.
  • Jangan masukkan penuh sangat cornflake dalam paper cup sebab nanti kita akan masukkan hiasan Oreo.
Video
Pengenalan

Hi semua, dah 2 minggu kita berpuasa, bagaimana persiapan Raya anda semua? Sebelum ni Che Nom bawakan Semperit OREO, dan kali ini kami nak tunjuk pula bagaimana untuk menyediakan Cornflakes Madu Cawan OREO menggunakan Golden OREO edisi terhad.

Golden OREO edisi Raya ni lebih manis dan amat sesuai sebagai bahan buat kuih untuk yang inginkan kelainan. Kalau nak cuba, biskut ni dijual musim Raya ni saja jadi cepat-cepat dapatkan sebelum kehabisan stok.

Kalau korang ada resepi OREO tersendiri, jangan lupa untuk tag kami, bersama resepi dan gambar serta hashtag #BakeWithOREOThisHariRaya dan #CubalahResepiHariRayaOREO.Pos sebelum 31 Mei dan korang mungkin terpilih untuk memasak bersama Chef Selebriti Dato Fazley di musim Raya ini! Cubalah lebih resepi Kuih Raya OREO di https://bit.ly/2VpMJ6L

Diterbitkan pada 16 Jun 20202.5K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru