
Resepi Bendi Goreng Bercili
Bendi Goreng Bercili ni ringkas tapi padu, goreng sekejap atas api besar supaya bendi kekal rangup. Tak perlu garam pun dah cukup rasa dari ikan bilis dan sos tiram.
Bahan-bahan
Cara Buat Bendi Goreng Bercili
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Untuk Masak Bendi Goreng
- 1Tumbuk bahan-bahan untuk ditumbuk kasar dan ketepikan.
- 2Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sehingga sedikit garing dan keperangan.
- 3Masukkan pula cili kisar. Masak sehingga pecah minyak.
- 4Masukkan sos tiram kemudian diikuti dengan bendi yang sudah dihiris nipis. Goreng sehingga semua bahan sebati dan bendi menjadi layu.
- 5Masukkan sedikit garam dan gula jika suka.
Nilai Nutrisi (Anggaran)
Setiap 1 hidangan · resepi untuk 4 hidangan
- Kalori
- 150 kcal
- Protein
- 6.5 g
- Karbohidrat
- 8 g
- Lemak
- 10.5 g
- Serat:
- 2.5 g
- Gula:
- 1 g
- Natrium:
- 330 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Resepi tidak nyatakan bilangan hidangan; 1 mangkuk bendi (250 g) dianggar lauk untuk 4 orang.
- 'Sedikit minyak untuk menumis' dianggar 3 sudu besar dan dikira penuh.
- 1 genggam ikan bilis dianggar 30 g kering.
- Tiada garam disenaraikan; natrium hanya dari sos tiram dan ikan bilis.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Video
Pengenalan
Bendi Goreng Bercili yang mudah disediakan tetapi sangat sedap. Bendi ini tidak harus digoreng terlalu lama kerana nanti ia terlebih layu dan lembik. Cukup sekadar goreng di atas api yang besar sehingga sedikit layu supaya kerangupan bendi dapat dikekalkan.
Untuk resepi ini Che Nom tidak masukkan langsung garam kerana ikan bilis dan sos tiram sudah masin rasanya. Tetapi terpulang kepada selera anda, boleh juga dimasukkan sedikit garam dan gula juka suka.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Resepi Asam Laksa Penang Kuah Pekat

Resepi Kentang Wedges Air Fryer

Resepi Ayam Penyet Sambal Ijo (Cara Gerai Indonesia)

Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Gaya Restoran Thai

Resepi Keropok Lekor Homemade: Lembut, Kenyal & Tak Liat







