ResepiCheNom
Ayam Popcorn Sambal Manis
Ayam

Resepi Ayam Popcorn Sambal Manis

Prep 10 minMasak 15 minJumlah 25 minHidangan 5 orang

Ayam popcorn rangup salut tepung, lepas tu gaul dengan sambal manis pedas yang pekat sampai melekat cantik. Menu mudah tapi gerenti licin, sesuai untuk habiskan stok isi ayam.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Utama

  • Nota: nak campur bahagian bertulang pun ok, janji potong kecil-kecil.Nota: nak campur bahagian bertulang pun ok, janji potong kecil-kecil.

Bahan Untuk Kisar Halus

  • 3 biji bawang merah kecil3 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia1/2 inci halia
  • 1 1/2 sudu besar cili kisar1 1/2 sudu besar cili kisar

Bahan Untuk Ayam Popcorn

  • 3-4 ketul dada ayam3-4 ketul dada ayam
  • Sedikit garamSedikit garam
  • 1/4 sudu kecil serbuk kunyit1/4 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 biji telur1 biji telur
  • 1-2 cawan tepung jagung (boleh ganti tepung gandum)1-2 cawan tepung jagung (boleh ganti tepung gandum)

Bahan Untuk Lain

  • 1 cawan minyak masak1 cawan minyak masak
  • 1/2 biji bawang besar1/2 biji bawang besar
  • 3 sudu besar sos cili3 sudu besar sos cili
  • 3-4 sudu besar kicap manis3-4 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar gula1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu besar sos tiram1/2 sudu besar sos tiram
  • 1 biji tomato1 biji tomato
  • 10-15 biji cili padi10-15 biji cili padi
  • Air secukupnya untuk kuahAir secukupnya untuk kuah
  • Garam secukup rasaGaram secukup rasa

Cara Buat Ayam Popcorn Sambal Manis

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Potong dadu isi ayam.
  2. 2
    Gaul ayam dengan garam, serbuk kunyi dan telur.
  3. 3
    Salut ayam dalam tepung jagung sedikit demi sedikit.
  4. 4
    Potong kasar bawang merah, bawang putih, halia, bawang besar dan tomato.
  5. 5
    Buang tangkai cili padi, tak perlu potong.
  6. 6
    Blander bawang merah, bawang putih, halia, cili kering (direbus) dan air sedikit.
  7. 7
    Panaskan minyak dan goreng ayam sampai rangup, angkat dan ketepikan.
  8. 8
    Tumis bawang besar sampai layu .
  9. 9
    Masukkan bahan kisar halus dan sedikit air, masak sehingga pecah minyak.
  10. 10
    Masukkan sos cili, kicap manis, air, gula (lebihkan), sos tiram (optional), garam, cili padi dan tomato.
  11. 11
    Masak sampai pekat dan akhir sekali perlahankan api dan masukkan ayam goreng pop corn.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Tabur sedikit tepung jagung atas ayam yg disalut tadi supaya ayam tak melekat masa masak.
  • Jangan tumis bawang besar sampai kering sebab bawang besar lembut akan beri rasa yang manis pada masakan.
Video
Pengenalan

Ayam popcorn sambal manis, hidangan yang mudah tapi gerenti sedap. Ketulan isi ayam yang bersalut tepung digoreng rangup, kemudian disalut pulak dengan kuah sambal yang pekat pedas dan manis.

Kalau sesiapa yg kat rumah tu bhgn isi ayam tak berapa nk laku, boleh masak menu ni, confirm habis licin bila hidang.

Diterbitkan pada 2 Mei 202010.4K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru