Resepi Ayam Bawang Nasi Kandar
Hidangan Ayam Bawang sangatlah sinonim dengan nasi kandar, penuh dengan rasa dan aroma rempah ratus, kuah nya pulak pekat bersalut dengan ayam yang digoreng garing di luar dan lembut di dalam, ditabur dengan bawang goreng yang manis dan rangup pasti membuka selera.

Bahan-bahan
Cara Buat Ayam Bawang Nasi Kandar
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Perap ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
- 2Potong kasar bawang besar, bawang merah kecil, bawang putih dan halia.
- 3Kisar halus bahan potong kasar dengan sedikit air.
- 4Bawang merah besar, hiris nipis.
- 5Potong kasar daun ketumbar.
- 6Goreng bawang merah besar sampai perang. Kemudian angkat dan tos minyak.
- 7Goreng ayam sampai garing. Angkat dan ketepikan.
- 8Tumis rempah 4 sekawan dan daun pandan sampai naik bau.
- 9Masuk daun kari dan bahan kisar halus. Kacau sampai kering.
- 10Masukkan rempah garam masala, serbuk kari daging, serbuk cili, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih.
- 11Tambah air sikit beberapa kali dan tumis sampai rempah masak dan pecah minyak.
- 12Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap manis.
- 13Perasakan dengan gula dan garam.
- 14Masukkan ayam goreng dan bawang goreng (masukkan separuh dulu bawang goreng). Salut biar sekata.
- 15Boleh tutup api dan tabur lagi dengan bawang goreng dan daun ketumbar untuk hiasan.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 10 orang
- Kalori
- 300 kcal
- Protein
- 12 g
- Karbohidrat
- 13.5 g
- Lemak
- 21 g
- Serat:
- 2 g
- Gula:
- 4 g
- Natrium:
- 1120 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 1 kg ayam bertulang dikira 65% isi boleh dimakan.
- Minyak tidak disenaraikan; ayam digoreng (serapan 8%) ditambah 4 sudu besar untuk menumis.
- Jumlah bawang dianggar 535 g dan menyumbang kebanyakan karbohidrat.
- Garam perap 2 sudu kecil, sos tiram, sos cili dan kicap manis menjadikan natrium tinggi.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Che Nom guna 4 ketul ayam bahagian whole leg, kalau potong biasa dalam 8 ketul.
- Masa angkat bawang goreng, kena godak-godak sikit penapis biar minyak mudah tersejat.
Video
Pengenalan
Kali ni Che Nom nak masak lauk kegemaran Che Nom, lauk yang mesti ada di setiap restoran nasi kandar, iaitu ayam masak bawang. Masakan ni sangat sedap sebab penuh dengan rasa dan aroma rempah ratus, kuah nya pulak pekat bersalut dgn ayam yang digoreng garing di luar dan lembut di dalam.
Dari segi penggunaan bawang, kita kena goreng dalam jumlah yang banyak, nama pon ayam masak bawang kan, rasa manis dari bawang besar goreng tu memang sedap.
Kalau dulu Che Nom buat yang stail berkuah, tapi kali ni lebih sedap bila kita masak kuah yang pekat bersalut ayam goreng, dan ada tambahan satu jenis rempah yang buatkan rasa authentic tu ada pada masakan ni.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu









