ResepiCheNom
Agar-agar Laici

Resepi Agar-Agar Laici

Prep 45 minMasak 15 minJumlah 1 jamHidangan 16 biji

Agar-agar laici sejuk dan wangi, memang sedap dinikmati waktu cuaca panas. Resepi pencuci mulut yang mudah, cepat siap dan confirm jadi.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 1 tin laici1 tin laici
  • 1 peket agar-agar kering, 28g1 peket agar-agar kering, 28glebih tepat dalam gram
  • 1 1/2 cawan gula1 1/2 cawan gula
  • 5 cawan air5 cawan air1200g
  • 2 helai daun pandan2 helai daun pandan
  • 1 tin susu cair1 tin susu cair

Cara Buat Agar-Agar Laici

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Basuh dan rendam agar-agar lebih kurang 1/2 jam.
  2. 2
    Tapis dan masukkan agar-agar ke dalam periuk bersama air, gula dan daun pandan. Masak hingga agar-agar larut
  3. 3
    Masukkan susu cair dan air laici ke dalam larutan agar-agar. Kacau seketika sehingga mendidih.
  4. 4
    Carikkan isi laici dan tabur di dalam loyang.
  5. 5
    Tuang adunan agar-agar ke dalam loyang, sejukkan seketika dan masukkan ke dalam peti sejuk.
  6. 6
    Apabila agar-agar sudah sejuk dan membeku, potong dan hidangkan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
5 cawan air bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 1200g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Resepi agar-agar laici yang sangat enak dimakan pada ketika cuaca panas.

Resepi pencuci mulut yang mudah.

Anda harus mencuba!

Diterbitkan pada 13 Julai 201433K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru