Senarai resepi Che Nom di bawah kategori Mee dan bihun

Bihun Sup Tulang Utara Special

Bihun Sup Utara dari sup tulang. Che Nom akan tunjukkan cara nak masaksup tulang dan penyediaan lengkap bihun sup utara. Ciri-ciri wajib ialahkuahnya yang berempah, tapi tak terlalu pekat, kalau letak tulang memang sedapsangat. Bihunnya berwarna kuning, dihidangkan dengan sambal merah, dancondiment yang wajib seperti lobak masin, limau nipis dan …

Kuey Teow Kung Fu RANGUP

Hi semua, dah lama rasa tak masak kuey teow, dan kali ni Che Nom nak tunjukkan lagi sekali cara untuk masak kuey Teow Kung Fu yang memang mantap rasanya. Bezanya kuey teow kung fu ialah, kita goreng dulu kuey teow yang digaul telur sampai garing, dan kemudian tuang dengan kuah …

Mee Goreng Basah Sedap

Hi Semua, jom masak mee goreng basah. Che Nom akan tunjuk cara sediakan mee goreng basah, yg bila masak confirm jadi dan sedap punya lah. Ada beberapa petua Che Nom akan kongsikan sepanjang penyediaan resepi ni.

Bihun Goreng Resepi Mak Che Nom

Hi semua,  kali ni Che Nom nak share cara masak bihun goreng, cara yang sama macam mak Che Nom selalu buat kat rumah dulu. Selamat Mencuba :)

Maggi Goreng Mamak

Hi Semua, Che Nom akan share resepi yang mudah untuk disediakan, maggi goreng yang walaupun nampak mudah tapi menyelerakan. 

Rahsia Char Kuey Teow Padu Terbongkar

Kali ni Che Nom nak share cara masak Char Kuey Teow versi berkuah/basah macam yang biasa dimasak kat gerai-gerai Melayu di Penang. Cara ni memang berbeza dgn Char Kuey Tieow asal Chinese style. Macam mana terhasil versi kuah basah ni Che Nom pun kurang pasti, tapi memang sedap lah rasanya. …

Mee Goreng Laku Keras

Kali ni Che Nom nak kongsi cara masak mee goreng yang ringkas. Sesuai untuk disediakan kalau kita rasa mcm tak nak makan nasik ataupun bila kesuntukan masa. Mee Goreng ni versi lembab-lembab je. Buat untuk hidang waktu breakfast pun sedap. Cara ni lah yang selalu Che Nom masak untuk keluarga. …

Bihun Sup Ayam Utara yang Mudah

Resepi Bihun Sup Ayam Utara yang mudah dan sedap rasanya. Kadang-kadang jika tekak rasa nak makan makanan yang berkuah dan 'light' sahaja, boleh lah sediakan bihun sup ayam utara ni. Pasti membuka selera.Ciri-ciri bihun sup utara, baik ayam ataupun daging mestilah bihun nya bewarna kuning hasil dari rendaman bihun bersama kunyit atau pewarna kuning. Ia juga …

Kuey Teow Goreng dan Cili Potong Kicap

Resepi Kuey Teow Goreng yang menjadi kegemaran keluarga Che Nom. Bahan-bahannya mudah, tapi mungkin perlu diberi sedikit perhatian pada beberapa tips untuk mendapatkan Kuey Teow Goreng yg sedap. Ada 1 bahan tambahan yg selalu Che Nom masukkan supaya ada sedikit kelainan pada rasa nya.Kuey Teow ni goreng tak boleh lama sangat nanti cepat lembik …

Mee Hailam Kuah Pekat Banjir, Mudah dan Sedap

Resepi Mee Hailam. Buat peminat masakan berasakan mee dan berkuah, juga kepada yang sukakan menu ringkas, cepat dan mudah disediakan…jom ikut cara Che Nom sediakanMee Hailam yg sangat sedap rasanya.Ciri-ciri utama mee hailam ialah kuahnyamesti banyak, atau banjir kata orang. Warna kuahnya juga gelap dan sedikitpekat, serta meriah dengan isi …

Laksa Penang Pekat dan Sedap

Che Nom nak share resepi Laksa Penang yang dirujuk dari resepi anak jati Penang iaitu Datuk Rizalman. Laksa Penang ni memang sedap kerana dihidangkan bersama kuah yang pekat, masam, pedas, dan sangat beraroma dari dua bahan iaitu daun kesum dan bunga kantan. Pengunaan ikan yang fresh juga sangat mempengaruhi kesedapan …

Mee Kari Special

Resepi Mee Kari Special yang menggabungkan rasa dari ayam dan seafood. Che Nom gunakan air rebusan udang untuk menyedapkan lagi rasa mee kari ni. Satu lagi rahsia kesedapan mee kari ni ialah kita bancuh rempah kari bersama sedikit serbuk cili supaya dapat memberikan rasa pedas dan tidak muak kepada kuah, …

More