Talam Pandan

Kali ni Che Nom nak share resepi Talam Pandan yang lembut, berlemak dan manis secukup rasa. Che Nom test banyak kali sehingga lah dapat hasil Kuih Talam Pandan yang kena dengan selera dan sesuai sangat kalau nak buat berniaga.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan lapisan putih:
    • 3 1/2 cwn /830ml santan pekat
    • ***( boleh guna 2 kotak santan kecil dan tambah air menjadi sukatan yang sama)
    • 3/4 cwn /98g tepung beras
    • 2 sb /20g tepung jagung
    • 2 sk garam
  • Bahan-bahan untuk lapisan hijau:
    • 1/2 1 cwn /237ml air pandan
    • Sedikit pewarna hijau
    • 2 cwn /475ml santan cair
    • ***(boleh guna 1/2 kotak santan dan campur air)
    • 2 cwn /240g tepung gandum
    • 2 sb /15g tepung ubi
    • 1 sb air kapur
    • 1 cwn /200g gula

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk lapisan hijau:
    1. Sukat dan tuang masuk tepung gandum, tepung ubi dan gula dalam mangkuk.
    2. Dalam bekas yang berasingan, bancuh kapur makan dengan sedikit air.
    3. Gris nipis loyang dengan minyak masak dan alas dengan plastik tahan panas. Loyang saiz 9x9 inci (tapi Che Nom guna saiz 8 x8 inci).
    4. Gunting kasar daun pandan, masuk daun pandan dan air dalam blender dan kisar halus.
    5. Tapis jus pandan, pastikan cukup 1 cawan jus pandan.
    6. Tuang jus pandan dalam adunan kering dan kacau sebati.
    7. Tuang masuk santan cair (santan cair ialah santan perahan kedua, kalau guna santan kotak boleh rujuk peneragan di atas).
    8. Kacau sebati sampai hilang ketulan tepung.
    9. Masukkan air kapur dan pewarna hijau sikit. Kacau sampai sebati.
    10. Tapis kemudian tuang masuk adunan kedalam kuali.
    11. Masak atas api perlahan sampai naik wap.
    12. Kacau sampai adunan mula berketul dan melekat pada spatula, kemudian cepat-cepat tutup api dan tuang dalam loyang.
    13. Kukus selama 25-35 minit (bergantung pada alat kukus masing-masing).
  2. Cara-cara untuk lapisan putih:
    1. Masukkan tepung beras, tepung jagung dan garam dalam mangkuk adunan.
    2. Tuang masuk santan pekat dan kacau sampai larut semuanya.
    3. Tapis dan masak sampai naik wap (sama cara macam lapisan hijau tadi). Pastikan kerap kacau.
    4. Bila ada tanda-tanda nak pekat, terus tutup api.
    5. Bila lapisan hijau (yang kukus tadi) dah masak, cakar-cakar atau cucuk sikit (jangan dalam sangat) permukaan lapisan hijau untuk bagi lapisan putih melekat.
    6. Tuang masak lapisan putih dan sambung kukus anggaran 20-25 minit (lapisan putih selalunya lebih cepat masak berbanding lapisan hijau).
    7. Sejukkan dulu sebelum potong.

Tip:

  • Air kapur dapat membantu untuk kenyalkan lapisan hijau (cara orang-orang tua dulu), kalau susah nak dapat boleh skip tapi seloknya letak la.
  • Sejukkan dulu kuih talam sebelum potong, bila kuih sejuk, lebih senang la untuk potong.
  • Boleh gris atau sapu pisau dengan minyak sebelum potong kuih untuk elak melekat pada pisau.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.