Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Petai
Sambal tumis ikan bilis petai yang pedas manis dan cukup menyengat, memang pembuka selera. Tumis bawang dulu bagi sambal lebih sedap, dan masuk petai akhir sekali kalau nak rangup.

Bahan-bahan
Cara Buat Sambal Tumis Ikan Bilis Petai
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Goreng ikan bilis hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- 2Dalam minyak yang sama, tumis bawang besar (yang dihiris kasar) sehingga layu. Jangan tumis bawang terlalu lama kerana kita cuma mahukan bawang itu layu dan ia akan menambahkan rasa manis di dalam sambal bila dimasak nanti.
- 3Masukkan bahan kisar halus dan kacau perlahan sehinga sambal pecah minyak dan warna sambal bertukar menjadi merah gelap. Tambah sedikit air jika kering.
- 4Masukkan pula air asam jawa dan sos tiram.
- 5Masukkan ikan bilis goreng, isi petai dan gula secukup rasa.
- 6Sebelum angkat, taburkan dan kacau sekejap hirisan bawang besar yang dihiris membulat jika anda suka.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 6 orang
- Kalori
- 360 kcal
- Protein
- 10 g
- Karbohidrat
- 18 g
- Lemak
- 27.5 g
- Serat:
- 5 g
- Gula:
- 3.5 g
- Natrium:
- 500 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- '1 mangkuk besar minyak' dianggar 250 ml; hanya 60% dikira dimakan kerana sebahagian tinggal dalam kuali.
- 1 mangkuk isi petai dianggar 200 g; 2 genggam ikan bilis dianggar 60 g kering.
- Ikan bilis digoreng dahulu, serapan minyak 10%.
- Natrium hampir semuanya daripada ikan bilis, sos tiram dan belacan; garam tambahan tidak dikira.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Untuk mendapatkan sambal tumis yang sedap, bahan kisar halus hendaklah dimasak di dalam minyak yang agak banyak sehingga sambal pecah minyak. Dengan cara ini, sambal akan masak dengan sempurna, wangi serta tahan lama. Anda boleh buang lebihan minyak selepas sambal sudah masak nanti.
- Che Nom tidak masukkan garam dalam sambal kerana ikan bilis dan sos tiram sudah masin rasanya. Boleh rasa dahulu kuah sambal sebelum masukkan garam mengikut citarasa anda.
Video
Pengenalan
Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Petai, buat penggemar petai hidangan ini sememangnya membuka selera.
Sila rujuk bahagian TIPS untuk cara mendapatkan sambal tumis yang masak sempurna dan sedap.Sebelum masukkan bahan kisar halus, Che Nom tumis dulu bawang besar supaya rasa sambal akan menjadi lebih manis dan sedap apabila bawang itu lembut dan masak sebati bersama cili serta bahan kisar lain.
Ini adalah petua dan ilmu yang diperolehi dari seorang kenalan yang terkenal dengan masakan sambal tumisnya yang sangat sedap.Anda boleh masukkan petai di akhir proses masak jika lebih suka petai yang masih mempunyai tekstur rangup apabila dimakan.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Asam Laksa Penang Kuah Pekat









