ResepiCheNom
Putu Mayam yang lembut dan sangat sedap

Resepi Putu Mayam Yang Lembut Dan Sangat Sedap

Prep 30 minMasak 5 minJumlah 35 min

Che Nom kongsi cara mudah buat putu mayam/idiyappam guna tepung beras saja, hasilnya kenyal lembut dan wangi. Paling sedap makan dengan gula perang dan kelapa parut.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Untuk Putu Mayam

  • 2 cwn / 260g tepung beras± 2 cawan + 1 sudu besar± 2 cawan(2 cwn / 260g tepung beras)
  • 2 cwn / 475ml air (masuk sikit-sikit)2 cwn / 475ml air (masuk sikit-sikit)
  • 1 sk garam1 sk garam6g
  • 1-2 sb minyak masak1-2 sb minyak masak
  • 1/2 biji kelapa parut1/2 biji kelapa parut
  • Sedikit garamSedikit garam
  • Gula perangGula perang
  • Gula merahGula merah

Cara Buat Putu Mayam

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Doh Putu Mayam

  1. 1
    Angkat tepung dan ketepikan.
  2. 2
    Gris acuan dengan minyak (sebelah dalam) dan nyiru buluh tempat untuk terap (kalau tak ada boleh ganti tudung periuk atau loyang).
  3. 3
    Sukat dan masukkan tepung beras dalam kuali. Sangai selama 5-7 minit atau sampai panas dan tepung rasa ringan.
  4. 4
    Sukat masuk air dalam kuali dan masak air sampai mendidih.
  5. 5
    Bila air hampir mendidih masukkan garam dan kacau sebati. Tutup api bila air dah mendidih.
  6. 6
    Tuang masuk minyak dalam tepung beras tadi dan gaul sebati.
  7. 7
    Tuang masuk air panas tadi sedikit demi sedikit dan kacau sebati sampai jadi doh yang bergumpal. Che Nom tak guna semua air, jumlah air anggaran 1 1/2 cawan saja.
  8. 8
    Sejukkan doh anggaran 5 minit.
  9. 9
    Bila doh dah suam, gris tangan dengan minyak dan uli sampai doh tak melekat.
  10. 10
    Masukkan doh dalam acuan dan terap doh atas nyiru buluh atau loyang (kalau guna loyang seloknya lapik dengan daun pisang) yang digris tadi.
  11. 11
    Panaskan air kukusan sampai mendidih dan carik masuk dan pandan (pilihan).
  12. 12
    Bila air dah mendidh, kukus putu mayam anggaran 5-7 minit.
  13. 13
    Keluarkan dan susun atas pingan.

Untuk Kelapa Parut

  1. 1
    Gaul kelapa parut dengan sedikit garam.
  2. 2
    Kukus kelapa parut anggaran 5 minit.
  3. 3
    Keluarkan kelapa parut dan sejukkan.

Untuk Gula

  1. 1
    Campur gula perang dan gula merah.
  2. 2
    Kacau sampai gula sebati.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
2 cwn / 260g tepung beras bersamaan berapa cawan?
± 2 cawan + 1 sudu besar (cawan US 240ml).
1 sk garam bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 6g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Tujuan sangai tepung beras dulu adalah untuk bagi tepung lebih wangi dan naik ringgan sama macam teknik masak bahulu
  • Masa terap doh putu mayamm jangan terap tebal sangat atau jangan tindan tebal sangat. Nanti putu mayam kurang beronggan jadi tepu melekat dan tebal, tak sedap la bila makan.
  • Kalau belum makan lepas susun putu mayam atas pinggan, seeloknya tutup dengan kain takut putu mayam jadi keras.
Tunjuk semua petua (5)
Petua & Panduan
  • Kelapa parut guna yang mesin putih. Kalau dapat kelapa muda lagi sedap.
  • Che Nom saja kukus kelapa parut untuk elak kelapa parut cepat basi.
Video
Pengenalan

Kali ni Che Nom nak share cara untuk sediakan idiyappam atau biasa dipanggil putu mayam. Dulu-dulu Che Nom selalu beli beli di pasar malam dan bila melintas lalu di depan gerai putu mayam memang tak boleh tahan bau wangi dari pengukus tu. Sedap sangat baunya.

Tempat Che Nom tinggal sekarang susah nak cari, jadi kena lah belajar buat sendiri. Ada cara mudah nak membuatnya di rumah. Kita boleh guna bancuhan tepung beras saja. Cuma kena ada acuan nya lah. Hasilnya memang kenyal, dan sangat lembut.

Sedap sangat kalau makan dengan gula perang dan kelapa parut.

Diterbitkan pada 28 Disember 202219.9K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru