
Puding Karamel Tanpa Telur
Resepi Puding Karamel Tanpa Telur, dessert atau pencuci mulut yang sangat sedap. Sesuai untuk sesetengah orang yang kurang gemar dengan puding karamel yang menggunakan banyak telur atau sensitif kepada rasa hanyir telur.
Cara pun mudah kerana puding ini tak perlu dibakar atau dikukus, cuma sejukkan di dalam peti ais sehingga beku dan sedia untuk dimakan. Teksturnya pun cantik, licin dan lembut. Selamat mencuba.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1/4 cawan gula
- 3 sudu besar air
- 1 paket agar-agar (10g)
- 1 tin susu cair
- 1/2 cawan susu pekat
- 4 cawan air
- 3/4 cawan gula (kalau nak manis boleh letak 1 cawan)
- 3 sudu besar tepung kastard
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1Panaskan gula dan air di dalam periuk di atas api perlahan sehingga warna bertukar keperangan, kemudian baru kacau sekata.
- 2Tuang dalam loyang dan ketepikan (saya guna loyang bersaiz 8 inci).
- 1Satukan semua bahan untuk puding di dalam periuk.
- 2Kacau bahan-bahan tadi di atas api sederhana menggunakan whisk atau senduk. Jangan bagi adunan berketul.
- 3Kacau sehingga adunan mendidih dan sedikit pekat.
- 4Tapis dan tuang ke dalam loyang berisi karamel tadi.
- 5Sejukkan sekejap dan masukkan ke dalam peti ais 2-3 jam sebelum di makan.
- •Semasa proses memanaskan bahan-bahan puding, pastikan anda menggunakan periuk yang tebal dan kacau dengan kerap di atas api yang perlahan supaya adunan tidak mudah hangus di bahagain bawah dan tidak berketul.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Donut Tanpa Telur
Resepi Donat gebu dan lembut tanpa telur. Video ini menunjukkan tips untuk hasilkan donat yang sempurna, termasuk cara menggoreng donat supaya perang sekata dan tak serap minyak. Resepi ini sesuai untuk mereka yang alah pada telur atau vegetarian.
Diterbitkan pada 25 Januari 2024

Kek Batik Milo
Jom ikut Che Nom buat kek batik Milo terpaling sempoi. Dengan hanya menggunakan 4 bahan sahaja kita akan dapat hasilkan ...
Diterbitkan pada 15 Disember 2022
Kek Batik Indulgence Tanpa Telur Tanpa Oven
Kek Batik Indulgence, yang mempunyai 3 lapisan iaitu lapisan kek batik, lapisan cheese dan coklat ganache. Dessert yang ...
Diterbitkan pada 26 April 2020

Kek Coklat Kukus Lembap
Kek Coklat Kukus Lembap yang menggunakan kaedah sukatan cawan di dalam penyediaan bahan-bahannya. Kek ini tidak mengguna...
Diterbitkan pada 8 Ogos 2018

Kek Batik Sedap
Resipi Kek Batik, sejak dari zaman Che Nom sekolah ramai kawan dan saudara suka membuatnya. Kek batik adalah dessert yan...
Diterbitkan pada 19 Februari 2018
Resepi Terbaru

Tempoyak Ikan Patin Asli Temerloh
Jom cuba resepi Tempoyak Ikan Patin asli Temerloh, kuah pekat masam pedas tanpa bawang, dijamin sedap dan mudah!

Cucur Bawang Tanpa Gluten
Cucur bawang rangup tanpa gluten menggunakan tepung beras dan tepung ubi, mudah dan cepat disediakan.

Kek Oren Klasik Gebu & Lembap
Resepi kek oren klasik yang sangat gebu, lembap dan wangi menggunakan jus oren segar dan parutan kulit oren asli.

Cucur Jagung Rangup
Cucur jagung manis yang rangup di luar, lembut di dalam, penuh dengan sayuran.

Bihun Sup Ayam Utara
Bihun sup ayam utara yang sedap dengan kuah rempah homemade, sambal merah dan hitam, serta bawang goreng rangup.

Briyani Gam Daging Dengan Kari Dalca dan Acar Timun
Resepi Briyani Gam Daging Johor yang dimasak dengan teknik 'gam' istimewa, menghasilkan nasi lembut berderai dan daging empuk, lengkap dengan dalca dan acar.