ResepiCheNom
Laksam Sedap

Resepi Laksam Sedap

Prep 40 minMasak 55 minJumlah 1 jam 35 minHidangan 6 orang

Laksam asli Kelantan yang lembut dengan kuah lemak pekat, Che Nom campur ikan kembung dan sardin untuk rasa lebih padu. Makan pula dengan ulam segar ikut selera.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Kuah Laksam

  • 1/2 kg ikan1/2 kg ikan
  • 5 ulas bawang merah5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai1 batang serai
  • 1/2 inci halia1/2 inci halia
  • 1 sudu kecil lada hitam1 sudu kecil lada hitam
  • 3 keping asam jawa3 keping asam jawa
  • seketul gula melakaseketul gula melaka
  • pati santan dari 1 biji kelapapati santan dari 1 biji kelapa

Bahan Untuk Laksa Kukus

  • 3 cawan tepung beras3 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum1/2 cawan tepung gandum
  • 4 1/2 cawan air suam4 1/2 cawan air suam
  • 1/2 sudu kecil garam1/2 sudu kecil garam

Bahan Untuk Sambal Belacan

  • 5 biji cili merah5 biji cili merah
  • 10 biji cili padi10 biji cili padi
  • 2 biji jus perahan limau nipis2 biji jus perahan limau nipis
  • garam dan gula secukup rasagaram dan gula secukup rasa

Bahan Untuk Ulam-Ulaman

  • taugehtaugeh
  • timuntimun
  • bawang besarbawang besar
  • daun kesumdaun kesum
  • limau kasturilimau kasturi
  • kacang panjangkacang panjang
  • bunga kantanbunga kantan
  • kubiskubis

Cara Buat Laksam

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Kuah Laksam

  1. 1
    Rebus ikan bersama sedikit air, agak-agak tenggelam ikan sahaja. Masukkan 1 asam keping, 1/2 inci halia dan sedikit garam. Rebus dalam anggaran masa 15 minit.
  2. 2
    Apabila ikan sudah masak, sejukkan kemudian asingkan isi ikan dan bahagian tulangnya. Air rebusan ikan jangan dibuang, tapis dan ketepikan.
  3. 3
    Kisar isi ikan bersama bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sehingga halus.
  4. 4
    Panaskan periuk dan masukkan bahan kisar halus, asam keping dan serai. Masak bersama air rebusan ikan tadi dan rebus sehingga mendidih.
  5. 5
    Masukkan pati santan, sedikit gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau di atas api yang perlahan. Tak perlu masak kuah terlalu lama kerana santan akan pecah minyak dan kuah akan jadi kurang sedap. Memadai cuma selama 5 minit.
  6. 6
    Hidangkan bersama laksa dan ulam ulaman

Untuk Laksa Kukus

  1. 1
    Panaskan periuk kukusan. Sediakan 2 loyang berukuran 8" atau 9". Kalau tak ada loyang, tudung periuk pun boleh.
  2. 2
    Satukan tepung bersama garam.
  3. 3
    Bancuh dengan air suam dan kacau sehingga sebati dan tidak berketul. Che Nom kacau menggunakan whisk, lagi cepat halus.
  4. 4
    Sapikan sedikit minyak pada permukaan loyang, tuang adunan tepung sebanyak 3 senduk kecil.
  5. 5
    Kukus selama 5-8 minit. Angkat loyang dan sejukkan. Boleh juga di alirkan air sejuk di bahagian bawah loyang supaya laksa senang dikeluarkan.
  6. 6
    Gulung laksam dan ulang langkah sehingga adunan tepung habis. Anggaran dapat 8-9 gulung laksam.
  7. 7
    Gunting laksam setebal 1/2 inci sebelum dihidangkan.

Untuk Sambal Belacan

  1. 1
    Kisar kesemua cili dan gaul bersama jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa

Untuk Ulam Ulaman

  1. 1
    Hiris halus kesemua bahan ulam.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Boleh dihidangkan bersama belacan dan garam (ikut cara orang kelantan)
Video
Pengenalan

Resepi Laksam, yang berasal dari negeri cik siti Wan Kembang dan memang sangat sedap. Che Nom memang peminat laksam sebab ada terdapat ulam-ulaman segar seperti hirisan bunga kantan, daun kesum, timun, kacang dan lain-lain lagi mengikut kesukaan dan selera masing-masing.

Dalam penyediaan kuah, Che Nom campurkan 2 jenis ikan iaitu ikan kembung dan ikan sardin. Ikan haruslah segar baru kuah laksam menjadi lebih sedap.

Diterbitkan pada 16 Disember 2016101K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru