Resepi Kek Marble Lembap
Kek Marble lembap dan rich dengan gabungan butter premium, krim masam dan coklat berkualiti. Ikut resepi ni, confirm puas hati dengan rasa lemak manisnya.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- 190g / 1 1/2 cawan tepung gandum
- 113.4g/ 1/2 cawan unsalted butter
- 225g/ 1 cawan gula kastor
- 161.2g/ 2/3 cawan krim masam atau sour cream
- 2 biji telur saiz A, pada suhu bilik
- 2 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil garam halus
- 2 sudu kecil serbuk koko
- 80g ketulan coklat masakan
Cara Buat Kek Marble
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Putar butter dan gula sehingga kembang dan putih, kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit. Pastikan telur dikacau sedikit sebelum dimasukkan ke dalam mixer.
- 2Masukkan esen vanila, sour cream dan putar sehingga sebati.
- 3Ayak tepung gandum bersama baking powder dan garam. Tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Paslikan dikacau dalam kelajuan perlahan.
- 4Asingkan 1/3 adunan untuk dimasukkan coklat. Ayak serbuk koko dan coklat bar yang telah dicairkan menggunakan kaedah double boiler. Kacau sebati.
- 5Gunakan tin kek panjang berukuran 8", griskan dengan butter. Tuang adunan vanilla dan coklat berselang seli, kemudian gunakan lidi atau pemengang sudu untuk membuat bentuk swirl. Hentakkan tin adunan beberapa kali supaya tiada udara terperangkap.
- 6Bakar pada oven bersuhu 160 darjah C selama 40-45 minit.
- 7Angkat dan biarkan selama 1/2 jam di dalam tin kek sebelum dikeluarkan di atas rak penyejuk.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 10 biji
- Kalori
- 335 kcal
- Protein
- 4.5 g
- Karbohidrat
- 42.5 g
- Lemak
- 16 g
- Serat:
- 1 g
- Gula:
- 27.5 g
- Natrium:
- 190 mg
Andaian pengiraan · keyakinan tinggi
- Semua bahan diberi dalam gram, jadi pengiraan terus dibuat.
- Krim masam dan mentega menyumbang kebanyakan lemak.
- Natrium datang daripada garam halus dan baking powder.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 190g / 1 1/2 cawan tepung gandum bersamaan berapa cawan?
- ± 1 ½ cawan (cawan US 240ml).
- 113.4g/ 1/2 cawan unsalted butter bersamaan berapa cawan?
- ± ½ cawan (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Cucuk bahagian tengah kek dengan lidi. Jika lidi bersih apabila ditarik keluar itu menunjukkan kek telah masak.
Video
Pengenalan
Resepi Kek Marble yang harus dicuba, kek yang sangat-sangat sedap kerana mempunyai rasa lemak yang 'rich' dengan kombinasi butter, krim masam dan coklat.
Anda harus menggunakan premium unsalted butter dan coklat yang berkualiti tinggi, pasti akan puas hati dengan rasanya.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









