
Resepi Kek Oren Lembap Dan Lembut
Kek Oren ni memang lembap, lembut dan wangi kulit oren dengan butter yang harum. Tambah sour cream bagi rasa lebih rich, sesuai sangat untuk minum petang atau hi-tea.
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1/2 cawan (114 g) mentega, unsalted
- 3/4 cawan gula kastor
- 4 sudu kecil parutan kulit oren
- 2 biji telur saiz A
- 1/2 cawan sour cream
- 1/4 cawan perahan jus oren segar
- 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
- 1/2 sudu kecil garam
Cara Buat Kek Oren
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Panaskan oven kepada suhu 160 °C. Griskan loaf tin berukuran 9 inci dengan mentega.
- 2Putar mentega yang sudah lembut (tetapi masih sejuk) bersama gula kastor sehingga putih berkrim.
- 3Masukkan zest oren, telur sebiji demi sebiji, sour cream dan jus oren segar. Masukkan pula tepung naik sendiri sedikit demi sedikit dan putar hingga adunan sebati.
- 4Tuang ke dalam adunan dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga lidi yang dicucukkan di tengan kek bersih apabila ditarik,
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 1/2 cawan (114 g) mentega, unsalted bersamaan berapa cawan?
- ± ½ cawan (cawan US 240ml).
- 3/4 cawan gula kastor bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 150g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Video
Pengenalan
Resepi kali ini adalah Kek Oren yang sangat lembab dan lembut. Saya memang meminati kek yang mudah dan simple, dan Kek Oren salah satu dari kek yang sangat disukai saya dan anak-anak. Kek sebegini sangat sesuai dihidangkan untuk minum petang atau majlis hi-tea .
Bau harum dan segar dari parutan kulit oren dan juga keharuman butter sangat menyelerakan. Dalam resepi ini ada menggunakan sour cream, tujuannya untuk membuatkan kek menjadi lembap dan 'rich'. Pasti dapat rasa beza sedapnya kek macam ni yang menggunakan sour cream.
Satu lagi bahan yang menbuatjkn kek anda lembut dan sedap adalah mentega. Pilih mentega yand berkualiti tinggi,.kalau tidak, jenama Buttercup pun ok :) Sila rujuk bahagian tips untuk panduan.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Resepi Dalca Tulang, Nasi Minyak dan Acar Timun

Resepi Ayam Belengas Viral

Resepi Chicken Tenders Homemade Dengan Creamy Garlic Sauce

Resepi Set Nasi Kerabu

Resepi Ayam Gunting Pasar Malam









