![Kek Gula Hangus](/images/recipes/Kek_Gula_Hangus.jpg)
Kek Gula Hangus
Che Nom sangat excited nak share resepi pada kali ni, sebab pertama kalinya Che Nom beli loyang yang boleh bakar kek guna dapur. Rindu nak makan kek old school punya pasal, loyang pon kita guna model old school la, made in Thailan Sawasdikap.
Kek gula hangus atau kek sarang semut ni memang kek kegemaran sepanjang zaman, nak buat pon bahan-bahan nya tak mahal. Cuma cara atau teknik tu kena betul untuk dapatkan hasil kek yang lembut, manis wangi berkaramel, berongga dan sedikit garing di luar. Che Nom lebih suka kalau gebu tu sikit, syiok makan dengan teh O. Che Nom share juga cara bakar kek atas dapur, jadi tak perlu guna oven pun dapat buat kek marvellous. Berebut makan tak sempat tunggu tunggu sejuk.
![Che Nom](/uploads/profile/99d7f34158722068.jpg)
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Video ini terkunci. Sila langgan untuk akses.
- 1 cwn /200g gula
- 1 cwn /237ml air panas
- 1/4 ketul atau 63g mentega
- 1 cwn /125g tepung gandum
- 2 sk soda bikarbonat
- 3 biji telur
- 1/2 cwn /118ml susu pekat manis
- 1 sk esen vanila
- 1/4 sk garam
- Loyang bulat 24cm
- 1Cairkan gula perang atas api perlahan tanpa air.
- 2Bila gula dah cair, tuang masuk air panas (seeloknya pakai glove).
- 3Bila dah larut masukkan butter dan tutup api.
- 4Ayak tepung gandum dan baking soda.
- 5Pecahkan telur dan pukul sebati.
- 6Tuang masuk susu pekat manis, esen vanila dan garam. Pukul sebati.
- 7Masukkan bahan ayak dan gaul sebati.
- 8Tuang masuk air gula caramel (yang dah suam).
- 9Perap anggaran 10 minit.
- 10Gris loyang dengan butter. Che Nom guna acuan bengkang 24cm.
- 11Tapis adunan kek dan tuang masuk dalam loyang.
- 12Masak atas api sederhana perlahan selama 15 minit. Kemudian tukar kepada api perlahan selama 10-15 minit atau sampai kek masak.
- 13Sejukkan kek sebelum keluarkan dari loyang.
- •Api jangan kuat sangat masa cairkan gula, takut tepi cepat hangit, cepat hitam dan jadi pahit.
- •Kalau nak texture kek tu bersarang, jangan pukul sangat telur, kalau pukul nanti kek jadi lebih kepada texture gebu.
- •Nak tau kek dah masak, bila kita tekan kek akan naik cepat-cepat macam span atau cucuk dengan lidi, kalau lidi tak basah kira dah masak. Lagi satu tepi kek ni akan kecut dan terpisah dari loyang.
![Che Nom](/uploads/profile/99d7f34158722068.jpg)
Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Resipi Berkaitan
![Kek Gula Hangus Kukus](/images/recipes/Kek_Gula_Hangus_Kukus.jpg)
Kek Gula Hangus Kukus
Kali ni jom kita tengok cara buat kek gula hangus atau nama lain yang selalu orang panggil, kek sarang semut sebabnya te...
![Kek Butter Premium & Klasik Che Nom](/images/recipes/Kek_Butter_IG.jpg)
Kek Butter Premium & Klasik Che Nom
Kali ni Che Nom nak share resepi antara kek yang paling Che Nom suka sangat makan, iaitu Kek Butter. Kek butter ni sanga...
![Kek Majerin](/images/recipes/Kek_Majerin.jpg)
Kek Majerin
Kek majerin ala-ala pound cake sangat lembut dan halus gebu. Tanpa ovallette dan tepung kek. Sedap kalau buat makan petang atau yang cari idea untuk meniaga.
![Kek Buah Kukus](/images/recipes/Kek_Buah_.jpg)
Kek Buah Kukus
Jom kita buat kek buah kukus yang lembab, penuh dengan buah buahan kering, rasa manis berkaramel, dan sangat wangi. Che ...
![Cheesekut Milo](/images/recipes/Cheesekut_Milo.jpg)
Cheesekut Milo
Kali ni Che Nom nak buat satu dessert iaitu cheesekut Milo yang mudah, cepat, tak perlu bakar guna oven ataupun kukus. T...
Kek Sarang Semut yang Legend
Hi semua, kali ni Che Nom nak tunjuk kek yang mudah sangat nak dapat bahan-bahan untuk disediakan. Sekarang ni kan ramai...