Resepi Siakap Stim Lemon
Siakap Stim Lemon ni menu mudah, sihat dan sesuai untuk yang tengah diet. Kukus sekali dengan sos lemon bagi rasa lebih fresh, wangi dan tak muak.

Bahan-bahan
Bahan Untuk Siakap Stim Lemon
- 4 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 1/2 biji bawang besar
- 4-5 biji cili padi
- 1 biji tomato
- Daun ketumbar
- 1 biji lemon (tambah lebih jika suka)
- 1 ekor ikan siakap
- Sedikit garam
- 2-3 sudu besar sos ikan
- 3 sudu kecil tepung jagung
- Sedikit air
- 1/2 kiub ayam
- 1 1/2 cawan air
Cara Buat Siakap Stim Lemon
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Untuk Siakap Stim Lemon
- 1Cincang kasar bawang putih, bawang besar, dan cili padi manakala cincang halus halia secara memanjang. Kemudian, potong tomato.
- 2Hiris halus sebiji lemon untuk dijadikan hiasan dan sebiji lemon lagi diperah jusnya untuk dijadikan kuah ikan siakap stim.
- 3Bersihkan ikan dan kelar kedua belah bahagian ikan siakap tersebut.
- 4Didalam bekas kukus, gaul ikan dengan sedikit garam dan masukkan 2-3 sudu sos ikan serta serai kedalam ikan.
- 5Taburkan kesemua bahan cincang kasar dan halus serta tomato dan batang ketumbar.
- 6Bancuh 3 sudu kecil tepung jagung. Masukkan kiub ayam kedalam bancuhan tepung dan gaul sedikit. Kemudian, tuang kedalam bekas kukus. (bancuhan tepung jagung adalah pilihan ya. Nak letak boleh, tak nak letak pun tidak mengapa).
- 7Masukkan air, perahan jus lemon dan tambah sedikit lagi sos ikan.
- 8Kukus ikan dalam anggaran 15-20 minit.
- 9Buka tudung pengukus dan hias dengan hirisan lemon. Selepas itu, sambung kukus lagi 5 minit.
- 10Setelah siap dikukus, taburkan hirisan daum ketumbar dan cili merah untuk kelihatan lebih menarik. Kemudian, ikan siakap stim lemon sedia untuk dihidang.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 6 orang
- Kalori
- 110 kcal
- Protein
- 15 g
- Karbohidrat
- 5.5 g
- Lemak
- 2 g
- Serat:
- 0.5 g
- Gula:
- 1.5 g
- Natrium:
- 860 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Ikan siakap 1 ekor dianggar 800 g, 55% isi boleh dimakan.
- Dikukus tanpa minyak, jadi lemak datang daripada ikan sahaja.
- Sos ikan 2-3 sudu besar dan ½ kiub ayam menyumbang kebanyakan natrium.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Jika anda tidak suka tergigit halia semasa makan, tidak perlu cincang halus dan boleh dicincang secara kepingan agar senang boleh diasingkan.
- Daun ketumbar boleh digantikan sama ada dengan daun sup ataupun daun bawang.
- Jika sebiji perahan jus lemon cukup masam, anda boleh menambahnya lagi mengikut cita rasa anda.
Video
Pengenalan
Siakap stim lemon, menu favourite Che Nom sekeluarga. Menu ni mudah, sihat dan sesuai lah bagi penggemar ikan atau sesiapa yang tengah diet tu.
Dulu Che Nom dah pernah share resepi siakap steam limau, kaedah nya berbeza dengan kali ni sebab yg ni semuanya kita kukus sekaligus. Jus lemon tu buat bagi rasa hidangan ni lebih fresh, wangi dan tak muak bila dimakan.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









