
Resepi Chocolate Vanilla Viennese Cookies
Biskut Viennese dua perisa coklat dan vanila, tekstur ringan, gebu dan bermentega. Resepi mudah, guna mentega berkualiti dan doh lembut senang dipaip untuk kuih raya.
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 175g (3/4 cawan) unsalted butter
- 40g (3 sudu besar) gula ising
- 1/2 sudu kecil esen vanilla
- 175g (1 1/2 cawan) tepung gandum
- 40g (3 sudu besar) tepung jagung
- 1 sudu besar serbuk koko
Cara Buat Chocolate Vanilla Viennese Cookies
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Panaskan oven kepada suhu 170°C.
- 2Griskan dulang dengan mentega atau lapik dengan kertas parchment atau kertas minyak.
- 3Menggunakan paddle attachment (mixer), pukul gula ising bersama butter sehingga putih dan kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul seketika.
- 4Ayak tepung gandum dan tepung jagung kemudian masukkan ke dalam adunan butter tadi. Putar sehingga sekata dan lembut.
- 5Bahagikan adunan kepada dua. Satu bahagian digaulkan bersama serbuk koko sehingga sekata. Satu bahagian lagi tidak perlu ditambah apa-apa lagi kerana itu adalah adunan vanilla.
- 6Menggunakan plastik piping yang diletakkan nozzle berbentuk bintang, masukkan doh coklat di sebelah bahagian plastik piping, dan sebelah lagi dimasukkan doh vanilla. Lurutkan ke bawah supaya doh rapat dan tiada ruang udara.
- 7Paipkan di atas dulang dan bakar selama 12-15 minit, atau sehingga biskut keperangan.
- 8Angkat dan sejukkan di atas redai. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Versi Air Fryer pautan
Air fryer (jenis bakul) — Panduan konservatif
- Panaskan awal air fryer pada 160°C selama 3 minit.
- Susun biskut atas kertas baking berlubang/rak, jarakkan kira-kira 2–3 cm (jangan terlalu padat).
- Bakar pada 150–160°C selama 7–10 minit.
- Semak awal pada minit ke-7. Hentikan bila tepi mula keemasan ringan dan biskut nampak set.
- Rehatkan biskut 3–5 minit sebelum alih; biskut akan mengeras bila sejuk.
Nota: Untuk biskut Viennese (lebih rapuh), mula dengan suhu lebih rendah dan elakkan warna terlalu gelap; laras ikut model air fryer anda.
Anggaran. Bergantung pada model air fryer.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 175g (3/4 cawan) unsalted butter bersamaan berapa cawan?
- ± ¾ cawan (cawan US 240ml).
- 40g (3 sudu besar) gula ising bersamaan berapa sudu besar?
- ± 3 sudu besar (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.
Pengenalan
Resepi Chocolate Vanilla Viennese Cookies yang mempunyai dua perisa di dalam satu biskut iaitu coklat dan vanila. Viennese cookies adalah berasal dari eropah dan mempunyai tekstur yang ringan dan bermentega.
Resepi biskut ni amat mudah, tetapi kesedapan biskut sangat bergantung kepada kualiti butter (mentega) yang digunakan. Doh pula haruslah lembut supaya senang di paipkan ke atas loyang.
Selalunya biskut menggunakan gula kasor, tetapi untuk biskut yang dipaip sebegini, gula ising digunakan supaya doh licin, lembut dan menghasilkan biskut yang gebu.Kemahiran piping tidak perlu terlalu tinggi, sebab lepas bakar biskut ni pasti cantik. Sangat sesuai dihidangkan di hari raya buat tetamu istimewa anda :)
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Resepi Mee Bandung Power, Kuah Pekat Pedas Berlemak

Resepi Dalca Tulang, Nasi Minyak dan Acar Timun

Resepi Ayam Belengas Viral

Resepi Chicken Tenders Homemade Dengan Creamy Garlic Sauce

Resepi Set Nasi Kerabu









