ResepiCheNom
Cheesekut Milo
Kek

Resepi Cheesekut Milo

Prep 30 minJumlah 30 minHidangan 8 keping

Cheesekut Milo paling mudah, tak perlu bakar atau kukus dan tanpa telur. Susun berlapis krim cheese Milo dengan biskut cream crackers celup susu, sejukkan dan terus sedap!

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Untuk Cheesekut Milo

  • 1/2 cwn serbuk Milo1/2 cwn serbuk Milo60g
  • 1 cwn susu penuh krim (untuk celup)1 cwn susu penuh krim (untuk celup)245g
  • 1 pek biskut Cream Crackers1 pek biskut Cream Crackers
  • 250g krim keju250g krim kejulebih tepat dalam gram
  • 6 sb susu pekat6 sb susu pekat118g
  • 1/2 cwn susu penuh krim1/2 cwn susu penuh krim123g

Cara Buat Cheesekut Milo

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Untuk Cheesekut Milo

  1. 1
    Potong cream cheese dan timbang. Kalau nak senang boleh beli pek kecil 250g, boleh terus guna, tak perlu susah-susah timbang.
  2. 2
    Tekan-tekan cream cheese sampai lembut, kemudian masukkan susu pekat. Kacau sebati kedua-dua bahan.
  3. 3
    Dalam bekas berasingan, panaskan susu full cream dan serbuk Milo. Kacau sampai larut. Api tak perlu panas sangat, suam-suam dah cukup.
  4. 4
    Tuang masuk adunan Milo sedikit demi sedikit dalam adunan cream cheese tadi dan kacau sebati.
  5. 5
    Tuang susu full cream dalam mangkuk dan celup biskut cream crackers dalam susu. Kalau suka cheesekut yang lembik boleh celup lama sikit.
  6. 6
    Susun biskut dalam bekas atau loyang.
  7. 7
    Untuk bahagian tepi yang kecil, boleh potong biskut dengan pisau tajam untuk lebih kemas.
  8. 8
    Bila lapisan biskut pertama dah siap susun, boleh masukkan adunan cheese dan ratakan.
  9. 9
    Ulang langkah yang sama (susun biskut dan ratakan adunan cheese) anggaran 4 lapisan atau sampai habis.
  10. 10
    Biskut yang lebih boleh hancurkan dan tabur atas cheesekut.
  11. 11
    Akhir sekali boleh tabur serbuk Milo sebagai hiasan.
  12. 12
    Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3-5 jam. Simpan semalaman lebih bagus sebab aduanan basah cheese Milo tu akan meresap sepenuhnya pada biskut cream crackers.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
1/2 cwn serbuk Milo bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 60g (cawan US 240ml).
1 cwn susu penuh krim (untuk celup) bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 245g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Che Nom guna jenama Beqa sebab jenama ni lebih lembut berbanding Philadelphia dan Anchor.
  • Che Nom buat 4 lapisan, kalau nak lapisan cheese tebal boleh kurangkan lapisan biskut dan sebaliknya.
  • Sebelum simpan dalam peti sejuk seeloknya balut bekas cheesekut dengan plastic clingwrap atau tutup elok-elok untuk elak dari meresap bau dari peti sejuk.
Video
Pengenalan

Kali ni Che Nom nak buat satu dessert iaitu cheesekut Milo yang mudah, cepat, tak perlu bakar guna oven ataupun kukus. Telur pun tak perlu diletakkan.

Ada 2 bahagian penting untuk buat cheesekut ni iaitu adnunan cheese milo, dan kedua, lapisan biskut cream creckers yang dicelup dalam susu.

Kita susun cara berlapis dan berselang seli sampai dapat lapisan cheesekut milo yang menarik dan sedap. Kalau makan sejuk-sejuk memang best. Nak buat jualan pon sesuai sangat ni.

Diterbitkan pada 13 Januari 202376.6K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru