ResepiCheNom
Muffin Milo

Resepi Muffin Milo

Prep 10 minMasak 20 minJumlah 30 minHidangan 12 biji

Muffin Milo lembab dan gebu, memang ngam untuk peminat Milo. Guna buttermilk bagi rasa lebih sedap; kalau pakai salted butter, tak perlu tambah garam.

Bahan-bahan

Sukatan
Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk A (Bahan Kering)

  • 2 cawan tepung naik sendiri2 cawan tepung naik sendiri250g
  • 3/4 cawan serbuk Milo3/4 cawan serbuk Milo90g
  • 2 sudu besar serbuk koko2 sudu besar serbuk koko11g
  • 1/4 cawan gula kastor1/4 cawan gula kastor50g
  • 1/2 sudu kecil garam1/2 sudu kecil garam3g

Bahan Untuk B (Bahan Basah)

  • 1 cawan buttermilk1 cawan buttermilk
  • 1/2 cawan unsalted butter (115g), cairkan1/2 cawan unsalted butter (115g), cairkanlebih tepat dalam gram
  • 2 biji telur2 biji telur
  • 2 sudu kecil esen vanilla2 sudu kecil esen vanilla

Bahan Untuk C

  • 1 cawan coklat cip atau coklat cincang kasar1 cawan coklat cip atau coklat cincang kasar170g
  • cawan kertascawan kertas

Cara Buat Muffin Milo

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Panaskan oven pada suhu 170°C.
  2. 2
    Dalam mangkuk pertama, campur semua bahan-bahan A dan kacau dengan whisk.
  3. 3
    Dalam mangkuk kedua, campur semua bahan-bahan B.
  4. 4
    Tuang adunan mangkuk kedua ke dalam mangkuk pertama. Kacau adunan supaya sebati dan masukkan coklat cip.
  5. 5
    Kaup adunan dengan sudu dan isikan ke dalam cawan kertas sebanyak 3/4 penuh.
  6. 6
    Bakar selama 18-20 minit.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
2 cawan tepung naik sendiri bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 250g (cawan US 240ml).
3/4 cawan serbuk Milo bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 90g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Kalau anda gunakan cawan kertas bersaiz kecil anggran adunan adalah sebanyak 24 biji. Masa pembakaran pula harus dipendekkan kerana muffin bersaiz mini lebih cepat masak..
Video
Pengenalan

Resepi Muffin Milo yang sangat sesuai untuk para peminat-peminat Milo.

Dalam resepi ni ada gunakan buttermilk, dan ianya menghasilkan muffin yang lembab dan sangat sedap.

Jika anda gunakan salted butter, tidak lagi perlu tambahkan garam di dalam resepi ini.

Diterbitkan pada 2 Ogos 20184.5K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru