Bubur Ayam Ala Mcd Dan Garlic Oil

Jom tengok kali ni Che Nom nak sediakan Bubur ayam ala MCD. Bahan-bahannya tak lah banyak sangat, dan cara nak masak pun mudah aja.

Mula-mula kita sediakan bahan-bahan asas dulu, sama ada untuk rebusan atau untuk hidangan nanti. Kemudian Che Nom rebus isi ayam sampai masak. Air rebusan tu kita guna pulak untuk masak bubur nasi.
Konsep bubur ayam ni simple tapi sedap.

Che Nom kongsi juga cara untuk buat bawang goreng homemade, dan yang special sekali minyak bawang putih yang memang sedap sangat kalau kita makan bersama dengan bubur ayam ni. Tak rugi kalau siapa yang mencuba.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk bubur ayam:
    • 2 keping isi ayam
    • 3-4 keping hirisan halia
    • Batang daun bawang
    • 1-2 sudu besar stok pati ayam
    • 4-5 cawan air
    • 1 cawan beras
    • Sedikit garam
  • Bahan-bahan untuk taburan:
    • 1-2 biji cili merah
    • Daun bawang
    • Serbuk lada putih
    • Minyak bijan
    • Bawang goreng
  • Bahan-bahan untuk minyak bawang putih:
    • 1 cawan bawang putih
    • 1 ½ cawan minyak masak

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk prep:
    1. Hiris nipis halia.
    2. Daun bawang pangkal putih simpan untuk rebusan, bahagian hijau hiris nipis untuk taburan.
    3. Cili merah,buang biji dan hiris nipis.
  2. Cara-cara untuk bawang goreng:
    1. Hiris nipis bawang merah kecil
    2. Gaul hirisan bawang merah dengan garam dan tepung beras.
    3. Panaskan minyak dan goreng bawang. Kacau sampai bawang agak perang.
    4. Angkat dan toskan minyak.
  3. Cara-cara untuk minyak bawang putih:
    1. Cincang halus bawang putih
    2. Panaskan minyak dan masuk bawang putih cincang.
    3. Kacau sampai bawang hampir perang.
    4. Pindahkan minyak bawang putih dalam bekas tahan panas dan sejukkan.
  4. Cara-cara untuk bubur:
    1. Rebus isi ayam, tambah halia dan batang daun bawang.
    2. Masukkan stok pati ayam (boleh ganti kiub pati ayam) dan air. Rebus isi ayam anggaran 10-15 minit atau sampai isi ayam masak.
    3. Angkat keluar isi ayam dan bahan-bahan rebusan yang lain.
    4. Basuh dan toskan beras. Boleh kisar untuk lebih hancur.
    5. Rebus beras dalam air stok ayam sampai beras kembang dan lembut.
    6. Masuk sedikit garam, tutup api dan biarkan dalam 10-15 minit. Boleh tambah air jika kering.
    7. Carik-carik isi ayam.
    8. Hidang bubur dengan isi ayam, hirisan cili merah, bawang goreng, minyak bawang putih, daun bawang, serbuk lada putih dan sedikit minyak bijan.

Tip:

  • Kena kerap kacau masak goreng bawang merah dan putih supaya bawang terlerai dan tak cepat hangus.
  • Che Nom guna beras wangi thai, jadi Che Nom rebus terus, kalau beras biasa boleh kisar dulu bagi hancur.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Youtube Video