ResepiCheNom

Resepi Biskut Lidah Kucing

Prep 25 minMasak 20 minJumlah 45 minHidangan 50 biji

Biskut lidah kucing rangup dan nipis, sesuai untuk kuih raya. Ikuti langkah mudah untuk hasilkan biskut gebu dengan warna menarik.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 250 gm mentega± 1 cawan + 2 sudu besar± 1 cawan + 1 sudu besar(250 gm mentega)
  • 175 gm gula kastor± ¾ cawan + 2 sudu besar± ¾ cawan + 2 sudu besar(175 gm gula kastor)
  • 100 ml putih telur100 ml putih telur
  • 200 gm tepung gandum± 1 ½ cawan + 2 sudu besar± 1 ½ cawan + 1 sudu besar(200 gm tepung gandum)
  • 50 gm tepung jagung± ¼ cawan + 3 sudu besar± ¼ cawan + 3 sudu besar(50 gm tepung jagung)
  • 1/4 sudu teh emplex1/4 sudu teh emplex
  • Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biruPewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru
  • Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentegaLoyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega

Cara Buat Biskut Lidah Kucing

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan
  2. 2
    Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim
  3. 3
    Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
  4. 4
    Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata
  5. 5
    Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
  6. 6
    Letakkan pewarna untuk setiap bahagian
  7. 7
    Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan
  8. 8
    Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil
  9. 9
    Paipkan atas loyang lidah kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi
  10. 10
    Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit
  11. 11
    Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah
  12. 12
    Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara
Versi Air Fryer pautan

Air fryer (jenis bakul) — Biskut Lidah Kucing

  1. Panaskan awal air fryer pada 150°C selama 3 minit.
  2. Susun biskut di atas kertas baking/alas berlubang dalam satu lapisan. Tinggalkan jarak ±1–2 cm.
  3. Bakar pada 140–155°C selama 7–11 minit.
    • Semak awal pada minit ke-7 (warna tepi cepat berubah dalam air fryer).
  4. Jika perlu, sambung bakar 1–2 minit lagi sehingga tepi keemasan dan biskut nampak set.
  5. Keluarkan dan sejukkan atas rak. Biskut biasanya akan lebih rangup bila sejuk.

Nota penting: Buat batch kecil dahulu untuk kenal pasti “sweet spot” model air fryer anda, kemudian laraskan suhu/masa untuk batch seterusnya.

Anggaran. Bergantung pada model air fryer.

Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
250 gm mentega bersamaan berapa cawan?
± 1 cawan + 2 sudu besar (cawan US 240ml).
175 gm gula kastor bersamaan berapa cawan?
± ¾ cawan + 2 sudu besar (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Resepi Biskut lidah kucing/Rainbow Cookies

,Oleh:Nur Aliya Azura,

Like: Buku Resepi

Diterbitkan pada 17 Jun 201427.4K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru