Resepi Keria Gula Melaka
Jom buat keria gula Melaka guna keledek oren, lembut di dalam dan kembung cantik tanpa penaik. Paling best bila disalut gula pekat berkilat, memang sedap!

Bahan-bahan
Cara Buat Keria Gula Melaka
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 25 biji
- Kalori
- 180 kcal
- Protein
- 1.5 g
- Karbohidrat
- 30 g
- Lemak
- 6.5 g
- Serat:
- 1.5 g
- Gula:
- 16 g
- Natrium:
- 60 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 1 sudu besar garam adalah untuk air rebusan keledek; hanya ~20% dikira diserap.
- Minyak menggoreng dikira 10% serapan pada ~1.4 kg doh.
- Salutan gula melaka 250 g + gula putih 100 g dibahagi rata kepada 25 keping.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 1 sb garam bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 18g (cawan US 240ml).
- 2 cawan tepung gandum bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 250g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Untuk resepi keria kali ni Che Nom guna keledek oren, tapi selalu peniaga akan guna keledek putih. Boleh guna keledek oren tapi harganya lebih mahal.
- Selepas lenyek, biarkan keledek sejuk. Kalau gaul panas-panas takut keledek lembik dan kena tambah banyak tepung, nanti keria jadi tak sedap.
- Untuk senang bentuk keria dan doh tak melekat pada tangan, bancuh sedikit minyak dengan sedikit air dalam mangkuk kecil (tak perlu banyak).
- Sebelum angkat keria (masa goreng) kuatkan api dan kerap kacau, hasilnya kuih akan kurang serap minyak. Kena pandai main api untuk dapat keria yang rangup dan bulat elok.
Video
Pengenalan
Kali ni Che Nom cuba masak makanan famous dari negeri Melaka, iaitu keria gula melaka. Resepi asal diambil dari perkongsian Youtube Cik CT Norain. Memang teliti betul diajar dalam tu, siap resepi meniaga lagi. Terus jadi faham nak buat. Che Nom guna keledek oren, sebab senang nak dapat. Kita kena kupas, rebus smpai lembut dan lenyek halus. Kemudian gaul dengan tepung.
Ada bnyk tips dalam video ni dari nak bentuk dan goreng pun kena ada teknik nya. Kalau kita ikut InsyaAllah menjadi bulat kembung elok tak perlu pakai penaik pun. Bagi Che Nom part yang paling mencabar ialah, salutan gula. Ada juga diselitkan sedikit penerangan tentang jenis gula yang boleh kita gunakan. Memang sedap resepi ni.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









