
Resepi Bingka Labu Sedap
Prep 20 minMasak 45 minJumlah 1 jam 5 minHidangan 12 biji
Bingka labu tradisi yang lembut dan wangi, tanpa pewarna sebab warna labu memang cantik semula jadi. Senang je, kisar semua bahan dan bakar sampai masak.
Bahan-bahan
Sukatan
Bahan Utama
- 2 cawan tepung gandum
- 2 1/4 cawan santan (tak perlu terlalu pekat)
- 3 biji telur
- 3/4 cawan gula pasir
- 1/2 sudu kecil garam halus
- 3 sudu mentega, cairkan
- 2 cawan puri labu
- bijan secukupnya
Cara Buat Bingka Labu
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Kupas kulit labu dan potong kiub. Steam sehingga lembut dan kemudian lecek halus. Sukat sebanyak 2 cawan.
- 2Masukkan tepung, santan, telur, gula pasir, garam dan mentega. Kisar semua bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
- 3Tuang bahan kisar ke dalam bekas dan kacau bersama puri labu.
- 4Tuang bancuhan ke dalam acuan yang sudah digris dengan minyak, tabur permukaan atas dengan bijan dan bakar selama 20-25 minit, atau sehingga bahagian atas kuih masak keperangan.
- 5Keluarkan dari acuan dan sejukkan sebelum dipotong
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 2 cawan tepung gandum bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 250g (cawan US 240ml).
- 3/4 cawan gula pasir bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 150g (cawan US 240ml).
Video
Bantuan Semasa Memasak
Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.
Pengenalan
Resepi Bingka Labu yang sangat sedap dan masih mengekalkan bahan tradisi asal. Che Nom tidak tambah pewarna dalam masakan kuih ini kerana warna asli labu sudah cukup menyerlah dan cantik dipandang.
Caranya amat mudah, masukkan kesemua bahan dan blender atau pun boleh juga gunakan food processor dan kisar dengan halus. Masa dapat dijimatkan. Selamat Mencuba :)
Diterbitkan pada 26 Januari 201634.8K paparan
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Baru
Resepi Asam Laksa Penang Kuah Pekat
11 Ogos 2026

Baru
Resepi Kentang Wedges Air Fryer
10 Ogos 2026

Baru
Resepi Ayam Penyet Sambal Ijo (Cara Gerai Indonesia)
8 Ogos 2026

Baru
Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Gaya Restoran Thai
8 Ogos 2026

Resepi Keropok Lekor Homemade: Lembut, Kenyal & Tak Liat
29 Julai 2026

Resepi Kerabu Pucuk Paku dengan Kerang
14 Julai 2026







