ResepiCheNom
Ayam Masak Merah Sedap
Ayam

Resepi Ayam Masak Merah Sedap

Prep 15 minMasak 20 minJumlah 35 minHidangan 10 orang

Ayam Masak Merah ni mudah je, guna bahan dapur biasa tapi kuah sambal jadi lagi sedap bila letak gula melaka. Tumis dengan daun kari bagi aroma wangi, rasa macam lauk kenduri.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Utama

  • sedikit garamsedikit garam
  • 1 ekor ayam, potong kepada bahagian yang anda suka1 ekor ayam, potong kepada bahagian yang anda suka
  • serbuk kunyitserbuk kunyit
  • 1 tangkai daun kari1 tangkai daun kari
  • 1/2 mangkuk air asam jawa1/2 mangkuk air asam jawa
  • 3-4 sudu besar sos cili3-4 sudu besar sos cili
  • 1 biji bawang besar, potong bulat1 biji bawang besar, potong bulat
  • Anggaran 1 keping gula melakaAnggaran 1 keping gula melaka
  • 2 sudu besar sos tiram2 sudu besar sos tiram

Bahan Untuk Kisar Halus

  • 2 biji bawang besar2 biji bawang besar
  • 2 inci halia2 inci halia
  • 6-8 biji bawang merah6-8 biji bawang merah
  • 8-10 ulas bawang putih8-10 ulas bawang putih
  • 2 batang serai, hiris nipis2 batang serai, hiris nipis
  • 15-20 biji cili kering, buang biji dan rebus15-20 biji cili kering, buang biji dan rebus

Cara Buat Ayam Masak Merah

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Bersihkan ayam dan gaul bersama serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. 2
    Dalam minyak yang sama, tumis daun kari kemudian diikuti bahan kisar halus bersama sehingga pecah minyak.
  3. 3
    Masukkan air asam jawa kemudian diikuti ayam goreng tadi.
  4. 4
    Masukkan sos sili, sos tiram dan gula melaka. Masukkan gula melaka sedikit demi sedikit dan cuba rasa manisnya mengikut selera anda. Tambah sedikit air jika kuah sambal terlalu kering. Teruskan masak selama 5-10 minit. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  5. 5
    Sebelum angkat, masukkan bawang besar yang dipototong bulat. Kacau seketika.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Untuk mendapatkan sambal tumis yang sedap, bahan tumis haruslah dimasak di dalam minyak yang banyak dan ditumis sehingga pecah minyak (maksudnya minyak terapung atau terpisah dari kuah sambal) dan warna sambal bertukar menjadi sedikit gelap. Itu tandanya semua bahan kisar terutamanya cili masak dengan sempurna dan akan menghasilkan sambal tumis yang enak. Jika kering tambahkan sedikit air dan kacau untuk elakkan kuah sambal menjadi hangus.
Video
Pengenalan

Resepi Ayam Masak Merah yang Che Nom kongsikan kali ini lebih mudah dan menggunakan bahan-bahan yang kebiasaannya ada di dapur. Cuma apa yang istimewanya ialah jenis gula yang digunakan iaitu gula melaka. Che Nom rasa penggunaan gula melaka menyebabkan manis kuah sambal lebih sedap daripada sambal yang dimasukkan gula putih biasa.

Memang ala-ala lauk kenduri sambal kampung rasa Ayam Masak Merah ini. Anda harus cuba. Sila rujuk bahagian tips untuk cara-cara masak sambal tumis dengan sedap.

Bahan istimewa yang ke-2 ialah daun kari. Penggunaan daun kari semasa menumis dapat menambahkan rasa dan aroma yang lebih wangi serta menyelerakan. Tapi jangan risau jika tak ada daun kari, boleh aja diabaikan. Cuma rasanya akan sedikit berbeza dengan versi yang Che Nom masak hari ini.

Diterbitkan pada 3 Februari 2018668.6K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru