ResepiCheNom
Ayam Kung Pao
Ayam

Resepi Ayam Kung Pao

Prep 40 minMasak 10 minJumlah 50 minHidangan 3 orang

Ayam Kung Pao ala Cina yang pedas manis dan wangi kacang, memang padu untuk lauk nasi panas. Senang buat di rumah, rasa macam makan kat restoran.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Utama

  • 300g atau 2 ketul dada ayam, potong kiub300g atau 2 ketul dada ayam, potong kiub
  • 5 biji cili kering, dipotong dua5 biji cili kering, dipotong dua
  • 2 inci halia muda, hiris nipis2 inci halia muda, hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih, hiris nipis3 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1/2 biji capsicum hijau, dipotong sederhana kecil1/2 biji capsicum hijau, dipotong sederhana kecil
  • 1/3 biji karot, hiris nipis1/3 biji karot, hiris nipis
  • 1/2 biji bawang besar holand, potong dadu1/2 biji bawang besar holand, potong dadu
  • 2 sudu besar kacang tanah, yang dipangang atau goreng tanpa minyak ATAU 1/2 mangkuk kecil biji gajus (lagi sedap kalau guna gajus)2 sudu besar kacang tanah, yang dipangang atau goreng tanpa minyak ATAU 1/2 mangkuk kecil biji gajus (lagi sedap kalau guna gajus)
  • sedikit daun bawang, potong 1 inci panjangsedikit daun bawang, potong 1 inci panjang
  • 1/2 mangkuk kecil minyak masak1/2 mangkuk kecil minyak masak

Bahan Untuk Perapan

  • 1 sudu besar minyak bijan1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar tepung jagung2 sudu besar tepung jagung
  • 2-3 sudu besar kicap cair2-3 sudu besar kicap cair

Bahan Untuk Sos

  • 2 sudu besar kicap pekat berkaramel (boleh ganti dengan kicap pekat manis)2 sudu besar kicap pekat berkaramel (boleh ganti dengan kicap pekat manis)
  • 1 sudu besar tepung jagung1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar kicap cair1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu teh gula1 sudu teh gula
  • 3 sudu besar air3 sudu besar air

Cara Buat Ayam Kung Pao

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Perap ayam dengan bahan perapan selama 30 minit.
  2. 2
    Goreng kacang dengan minyak sehingga masak. Ketepikan.
  3. 3
    Goreng ayam dalam minyak yang sama sehingga ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  4. 4
    Keluarkan lebihan minyak, biarkan anggaran 3 sudu minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, halia dan cili kering sehingga naik bau.
  5. 5
    Masukkan ayam, capsicum hijau, karot, dan kacang tanah atau gajus. Kacau selama 1 minit dan masukkan bancuhan sos. Kacau sebati dan masukkan bawang holland beserta sedikit air supaya sedikit berkuah. Kacau lagi selama 1-2 minit di atas api yang besar. Angkat dan hiaskan dengan daun bawang.

Nilai Nutrisi (Anggaran)

Setiap 1 orang · resepi untuk 3 orang

Kalori
465 kcal
Protein
34 g
Karbohidrat
23.5 g
Lemak
25 g
Serat:
1.5 g
Gula:
8.5 g
Natrium:
1420 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
  • Hanya ~60% tepung jagung salutan melekat pada ayam.
  • Minyak 1/2 mangkuk kecil: hanya serapan goreng (~12%) dikira, bakinya dibuang.
  • Kacang tanah 2 sudu besar digunakan, bukan biji gajus.
  • Kicap cair dan kicap pekat berkaramel menyumbang kebanyakan natrium.

Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.

Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Jangan goreng ayam terlalu lama kerana ayam akan menjadi keras dan kering.
  • Jika agak kering masukkan sedikit air supaya berkuah.
Video
Pengenalan

Resepi Ayam Kung Pao,

masakan ala Cina yang sedap.

Diterbitkan pada 31 Oktober 20168.6K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru