ResepiCheNom
Ayam Goreng Madu & Nasi Minyak
Ayam

Resepi Ayam Goreng Madu & Nasi Minyak

Prep 50 minMasak 50 minJumlah 1 jam 40 minHidangan 5 orang

Ayam goreng madu rangup berempah dengan nasi minyak wangi, siap sekali sos cili ala Thai. Nampak macam banyak, tapi senang je dan memang sedap untuk seisi keluarga.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Ayam Madu

  • ½ ekor ayam½ ekor ayam
  • 3-4 biji bawang merah kecil3-4 biji bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup1 inci kunyit hidup
  • *boleh tambah 1 batang serai*boleh tambah 1 batang serai
  • sedikit airsedikit air
  • sedikit garamsedikit garam
  • 2 sudu besar kicap manis2 sudu besar kicap manis
  • ½-1 sudu besar madu½-1 sudu besar madu

Bahan Untuk Nasi Minyak

  • 2-3 sudu besar majerin/mentega/minyak sapi2-3 sudu besar majerin/mentega/minyak sapi
  • 1 sudu besar minyak masak1 sudu besar minyak masak
  • ½ biji bawang besar½ biji bawang besar
  • 1 inci halia1 inci halia
  • 2 helai daun pandan2 helai daun pandan
  • rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 kuntum cengkih, 4 biji buah pelaga)rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 kuntum cengkih, 4 biji buah pelaga)
  • 2 cawan beras2 cawan beras
  • Anggaran 2 cawan air + 1 cawan susu cairAnggaran 2 cawan air + 1 cawan susu cair
  • garam secukup rasagaram secukup rasa

Bahan Untuk Sos Cili Ala Thai

  • 4 ulas bawang putih4 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah3 biji cili merah
  • 5-6 tangkai cili padi merah5-6 tangkai cili padi merah
  • 1-2 cawan air1-2 cawan air
  • akar ketumbarakar ketumbar
  • 2-3 sudu besar gula2-3 sudu besar gula
  • 1/4 cawan cuka1/4 cawan cuka
  • 1 sudu besar tepung jagung + sedikit air1 sudu besar tepung jagung + sedikit air

Cara Buat Ayam Goreng Madu & Nasi Minyak

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Ayam Madu

  1. 1
    Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup dan serai bersama sedikit air.
  2. 2
    Masukkan bahan kisar halus, sedikit garam, kicap manis dan madu kedalam ayam yang dipotong kecil.
  3. 3
    Gaul kesemuanya hingga sebati dan perap minimum 1 jam.
  4. 4
    Kemudian, goreng ayam yang telah diperap sehingga masak tetapi jangan terlalu lama.
  5. 5
    Selepas digoreng, sapu ayam dengan madu dan gaul sekata.

Untuk Nasi Minyak

  1. 1
    Hiris nipis bawang besar dan halia.
  2. 2
    Tapis dan tos beras yang telah direndam lembut selama 1 jam.
  3. 3
    Panaskan majerin/mentega/minyak sapi dan tambah sedikit minyak masak.
  4. 4
    Tumis bawang besar dan halia, rempah empat sekawan, daun pandan, dan tuang beras yang telah direndam. Lalu, goreng kesemuanya seketika dalam masa 2-3 minit.
  5. 5
    Masukkan air dan susu cair mengikut sukatan bersama garam secukup rasa dan kiub ayam (pilihan).
  6. 6
    Kemudian, pindah masuk kedalam periuk nasi dan masak.
  7. 7
    Nasi minyak siap dimasak boleh dihidangkan dengan taburan daun ketumbar, bawang goreng dan cili merah bersama ayam goreng madu dan sos ala Thai.

Untuk Sos Cili Ala Thai

  1. 1
    Kisar kasar bawang putih, cili merah, cili padi dan halia (pilihan) beserta air.
  2. 2
    Tuang bahan kisar kasar kedalam periuk.
  3. 3
    Masukkan akar ketumbar, cuka, gula dan bancuhan tepung jagung bersama sedikit air sehingga sos menjadi pekat.
  4. 4
    Bila sudah mendidih, tutup api dan sejukkan sos cili.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Jangan letak terlalu banyak madu kerana akan membuatkan gorengan ayam menjadi hitam.
  • Jika menggunakan beras biasa, tidak perlu rendam beras. Hanya basuh dan tapis sahaja dan terus masak.
  • Sukatan nisbah beras dan air ialah 1 cawan beras kepada 1½ cawan air.
Tunjuk semua petua (5)
Petua & Panduan
  • Jika tidak mahu menggunakan cuka, boleh digantikan dengan jus lemon.
  • Boleh juga ditambah sos ikan kedalam sos cili ala Thai.
Video
Pengenalan

Hi Semua. Untuk kali ini, Che Nom nak masak masakan yang dulu-dulu selalu dimasak masa kat rumah bujang. Ayam goreng madu dengan nasi minyak dan sos cili ala Thai.

Nampak banyak menu ni, tapi sebenarnya tak susah pun, bahan-bahan pun mudah saja. Tetapi hasil nya terutama sekali ayam tu memang sangat sedap, sebab lembut ada rasa berempah sikit hasil perapan yang cukup untuk memberikan rasa yang enak pada ayam.

Resepi ni wajib cuba kalau anda nak pelbagaikan menu untuk dimakan bersama keluarga. Anak-anak Che nom suka sangat ayam madu ni.

Diterbitkan pada 8 April 20217.6K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru