Resepi Ayam Goreng Ala KFC
Ayam goreng rangup ala KFC versi homemade, guna tepung Kentucky ikut jenama pilihan dan campuran rempah ikut selera. Mudah, cepat, memang favourite sekeluarga.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- 4 ketul ayam, bahagian kesukaan anda
- 1/2 bungkus atau 100 gram tepung serbaguna Kentucky
- 1 biji telur
- 4 ulas bawang merah
- secubit garam
Cara Buat Ayam Goreng
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Hiris nipis bawang merah dan tumbuk kasar.
- 2Lumurkan bawang dan secubit garam pada ayam kemudian perap selama 5 hingga 10 minit.
- 3Panaskan minyak masak dalm kuali yang dalam, atau boleh juga dalam periuk yang berpenutup.
- 4Ambil dua mangkuk kosong. Pecahkan telur dan kacau sebati di dalam mangkuk yang pertama.
- 5Di dalam mangkuk yang kedua, tuangkan tepung goreng serbaguna Kentucky.
- 6Celup ayam di dalam telur dan kemudian gaulkan pula di dalam tepung. Pastikan salutan sekata menutupi setiap bahagian ketulan ayam. Lagi sedap kalau bawang perapan tadi melekat pada salutan ayam.
- 7Goreng dalam minyak panas di atas api sederhana dan tutup permukaan kuali atau periuk tadi. Ini adalah supaya isi ayam masak sempurna di bahagian dalam. Ulang proses di atas untuk setiap ketulan ayam. Apabila separuh bahagian ayam sudah kuning, alihkan dan tutup kembali tudung. Bila dua belah ayam dah masak kekuningan, bukak tudung periuk dan goreng sehingga salutan tepung keras dan garing.
- 8Angkat dan lapik di atas kertas tisu penyerap minyak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 4 orang
- Kalori
- 405 kcal
- Protein
- 21 g
- Karbohidrat
- 13.5 g
- Lemak
- 29 g
- Serat:
- 0.5 g
- Gula:
- 0.5 g
- Natrium:
- 580 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 4 ketul ayam bertulang dianggar 600 g, 65% isi berkulit.
- Minyak menggoreng tidak disenaraikan; serapan goreng dalam dikira 10%.
- Hanya ~70% tepung Kentucky 100 g melekat pada ayam; bakinya dibuang.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Video
Bantuan Semasa Memasak
Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.
Pengenalan
Resepi Ayam Goreng ala KFC, tapi menggunakan bahan campuran mengikut selera sendiri. Ayam goreng ni memang favourite saya sekeluarga.
Sangatlah mudah dan cepat nak disediakan. Tepung Kentucky tu tak kisah jenama apa. Saya biasa gunakan jenama Joji atau Puas.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu









