
Apam Kukus Coklat
Resepi Apam Kukus Coklat yang lembap dan gebu, dan paling utama sekali kuih ini amat mudah disediakan. Anak-anak pun sangat menyukainya. Resepi ini Che Nom dapat dari sahabat di facebook dan bila ditengok bahan-bahannya amat mudah dan kebanyakannya dah ada di pantri dapur. Bila cuba, hasilnya memang terbaik. Apam ini boleh disimpan di dalam peti ais (dalam bekas bertutup) selama lebih kurang seminggu dan bila nak makan, boleh panaskan menggunakan microwave sahaja. Boleh juga buat bekalan anak ke sekolah.
Sebelum anda cuba resepi ini, sila rujuk bahagian tips untuk memudahkan penyediaan dan pastikan kuih dikukus dengan elok dan sempurna.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 2 cawan tepung gandum*
- 5 sudu besar serbuk koko*
- 1 sudu teh baking powder*
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat*
- 1/2 sudu teh garam halus*
- 2 biji telur
- 1 cawan minyak sayur
- 1 cawan susu pekat manis
- 1 cawan gula halus
- 1 cawan air
- sedikit minyak untuk sapu pada acuan
- 1Ayak bahan-bahan bertanda (*) di dalam mangkuk besar.
- 2Masukkan telur, minyak sayur, susu pekat, gula halus dan air ke dalam bahan ayak tadi. Kacau sebati menggunakan hand whisk. Rehatkan seketikan selama 30 minit.
- 3Panaskan kukusan. Sapu minyak di bahagian dalam acuan lompang.
- 4Tuang adunan sehingga 3/4 penuh acuan. Kukus selama 15-18 minit.
- •Bahan-bahan tersebut perlu diayak kerana serbuk koko selalunya berketul-ketul. Lebih mudah dibancuh jika semua bahan tersebut diayak.
- •Penutup kukusan hendaklah dibalut dengan kalin supaya titisan air tidak jatuh ke dalam kuih semasa proses mengukus.
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Resipi Berkaitan
Karipap Pusing Gebu dan Rangup
Karipap Pusing yang sangat glamerpada setiap kali tibanya Ramadan. Che Nom dapat resepi ni dari sahabatInstagram iaitu M...

Resepi Apam Nasi Che Nom
Kali ini Che Nom nak berkongsi resepi kuih tradisional atau kuih muih Melayu lah orang kata, iaitu apam nasi yang sangat...

Tepung Pelita
Resepi kali ini ialah resepi Tepung Pelita, antara kuih Melayu yang paling famous di bazar Ramadan. Hi semua, dalam vide...

Kuih Seri Muka Gerenti Jadi dan Sedap
Resepi kuih seri muka atau orang utara panggil pulut sekaya yang gerenti jadi dan pasti sedap. Resepi ni dikongsi oleh i...

Cucur Kentang Rangup
Resepi ini sesuai untuk mereka yang ingin mencuba kelainan dari cucur jagung atau pisang. Kentang yang dipotong menghasilkan cucur yang rangup dan manis. Resepi ini juga sesuai untuk anak-anak yang susah makan sayur, mudah disediakan, murah dan boleh dinikmati ramai-ramai.

Kuih Cara Manis
Kuih cara manis, kuih kegemaran Che Nom sejak dulu lagi. Kuih Cara ni ada 2 versi, satu manis dan satu lagi cara berlauk...