ResepiCheNom
Sambal Tumis Sardin
Ikan

Resepi Sambal Tumis Sardin

Prep 10 minMasak 10 minJumlah 20 minHidangan 5 orang

Sambal Tumis Sardin ni mudah tapi padu, makan dengan nasi, lempeng atau roti memang ngam. Cara Che Nom turun-temurun dari mak, sardin tin pun boleh jadi sedap berkuah pekat.

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 2 biji bawang merah, hiris nipis2 biji bawang merah, hiris nipis
  • 1 tin ikan sardin1 tin ikan sardin
  • 3-4 sudu besar cili kisar3-4 sudu besar cili kisar
  • 2 biji kentang2 biji kentang
  • 3 ulas bawang putih, hiris nipis3 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 2 hirisan nipis halia2 hirisan nipis halia
  • 1/2 mangkuk kecir air asam jawa1/2 mangkuk kecir air asam jawa
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis1 biji bawang besar, hiris nipis
  • cili padi , jangan potong masukkan sebiji-sebijicili padi , jangan potong masukkan sebiji-sebiji

Cara Buat Sambal Tumis Sardin

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Asingkan isi ikan sardin dan kuahnya.
  2. 2
    Panaskan minyak anggaran 1 mangkuk kecil kemudian tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. 3
    Masukkan pula cili kisar dan masak sehingga cili menjadi sedikit garing diikuti pula dengan kentang. Che Nom memang suka masukkan kentang pada waktu ini supaya mudah empuk.
  4. 4
    Masukkan isi ikan sardin dan kacau perlahan-lahan kerana takut isi ikan sardin mudah hancur.
  5. 5
    Masukkan pula kuah ikan sardin, air asam jawa, cili padi dan bawang besar. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Boleh juga gunakan asam gelugor sebagai ganti kepada air asam jawa.
Video
Pengenalan

Resepi Sambal Tumis Sardin, masakan yang mudah tapi cukup membangkitkan selera. Hidangan ini boleh dimakan bersama nasi, lempeng ataupun roti.

Memang dari dulu lagi, macam ni lah cara Che Nom masak sebab mak yang ajar dan makanan tin yang biasa-biasa aja rasanya boleh bertukar menjadi sangat sedap. Setiap orang lain caranya masaknya. Anda boleh rujuk cara di bawah :)

Diterbitkan pada 25 Februari 2018115.6K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru