Resepi Sambal Tempe Dan Ikan Bilis Rangup
Sambal tempe dan ikan bilis rangup versi express, tak perlu masak lama tapi tetap garing. Sedap makan dengan nasi panas atau roti, pedas manis memang anak-anak suka.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- 2 pek tempe
- 1 mangkuk ikan bilis
- 1 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
- 3 sudu besar cili kisar atau cili boh
- 2 sudu besar sos cili
- 1/2 sudu besar sos tiram
- gula secukup rasa
Cara Buat Sambal Tempe Dan Ikan Bilis
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Panaskan minyak secukupnya. Hiris tempe nipis-nipis dan goreng atas api perlahan sehingga garing. Setelah keperangan dan garing. Angkat dan ketepikan.
- 2Dalam minyak yang sama, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
- 3Buang sedikit minyak. Tinggalkan dalam anggaran 1 senduk.
- 4Cincang halus bawang putih dan bawang merah. Nak kisar pun boleh. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
- 5Masukkan cili kisar dan masak sehingga cili garing.
- 6Masukkan sos cili, sos tiram dan gula. Masak sehingga sambal mendidih dan nampak pekat berkilat. Tutup api.
- 7Gaulkan dengan tempe dan ikan bilis goreng tadi.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 5 orang
- Kalori
- 410 kcal
- Protein
- 28.5 g
- Karbohidrat
- 16 g
- Lemak
- 26.5 g
- Serat:
- 4.5 g
- Gula:
- 6.5 g
- Natrium:
- 980 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Resepi tidak menyenaraikan minyak walaupun tempe dan ikan bilis perlu digoreng; serapan 10-15% ditambah 2 sudu besar menumis diandaikan.
- 2 pek tempe dianggar 400 g dan '1 mangkuk ikan bilis' 100 g kering.
- Ikan bilis kering adalah punca utama natrium; gula 'secukup rasa' dianggar 2 sudu besar.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Kalau nak tempe garing, perlu hiris nipis-nipis.
- Perlu selalu kacau tempe semasa goreng, api jangan besar sangat nanti tempe tak garing.
- Pemilihan ikan bilis juga penting kalau nak lebih rangup. Che Nom suka gunakan ikan bilis putih, ataupun ikan bilis yang halus.
- Sambal perlu masak pekat supaya kerangupan dapat bertahan lama.
- Lebihkan gula sedikit supaya manis. Gula akan memekatkan sambal dan akan melekat dengan baik bila digaul nanti.
- Minyak jangan terlalu sedikit kerana nanti tekstur sambal tak cantik dan sambal tak masak sempurna.
- Simpan dalam bekas kedap udara kalau nak rangupnya tahan lama. Boleh juga disimpan dalam peti ais.
Video
Pengenalan
Resepi Sambal Tempe dan Ikan Bilis Rangup, cara nak sediakannya pun cepat dan mudah sebab kita tak perlu masak lama sangat macam sambal garing yang lain. Kira ini versi express lah.
Hidangan ni sedap dimakan macan tu saja dengan nasi panas, nak makan dengan roti pun boleh.Anak-anak memang sangat suka sebab kerangupannya dan sambal pun pedas-pedas manis rasanya.
Che Nom kongsikan banyak tips untuk dapatkan sambal tempe ikan bilis yang garing di bawah. Pemilihan jenis ikan bilis juga penting. Boleh rujuk bahagian tips ye.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









