ResepiCheNom
Ayam Ungkep
Ayam

Resepi Ayam Ungkep

Prep 15 minMasak 25 minJumlah 40 minHidangan 5 orang

Ayam Ungkep ala Jawa yang pedas beraroma, dimasak dengan rempah dan cili padi sampai meresap. Resepi sahabat Che Nom, kali ni versi video dengan tips bagi lagi wangi.

Bahan-bahan

Bahan Untuk Ayam Ungkep

  • 5 biji bawang merah5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia1 inci halia
  • 1 ketul kenyit hidup1 ketul kenyit hidup
  • 1 biji bawang besar1 biji bawang besar
  • 1 batang serai1 batang serai
  • 10-15 tangkai cili api hijau10-15 tangkai cili api hijau
  • sedikit airsedikit air
  • ½ sudu besar jintan manis½ sudu besar jintan manis
  • ½ sudu besar jintan putih½ sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar1 sudu besar serbuk ketumbar
  • ½ ekor ayam½ ekor ayam
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit½ sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam1 sudu kecil garam
  • ½ cawan minyak masak½ cawan minyak masak
  • 1-2 batang serai (dititik)1-2 batang serai (dititik)
  • sedikit gulasedikit gula
  • garam secukup rasagaram secukup rasa

Cara Buat Ayam Ungkep

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Untuk Ayam Ungkep

  1. 1
    Hiris kasar bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, bawang besar, serai diikuti dengan cili api hijau.
  2. 2
    Kisar halus semua bahan hiris kasar.
  3. 3
    Masukkan jintan manis, jintan putih, dan serbuk ketumbar lalu sangai atau goreng bahan tanpa minyak.
  4. 4
    Kemudian, tumbuk halus bahan yang disangai.
  5. 5
    Gaul ayam dengan kunyit dan garam.
  6. 6
    Panaskan minyak lalu tumis batang serai dan bahan kisar sehingga kering, naik bau dan pecah minyak iaitu dalam anggaran 10-15 minit.
  7. 7
    Masukkan ayam, bahan rempah yang ditumbuk, asam keping dan sedikit air.
  8. 8
    Tutup dan masak ayam sehingga ia empuk.
  9. 9
    Selepas masakan kelihatan kering, tambah sedikit gula dan garam secukup rasa.
  10. 10
    Kemudian, ayam ungkep siap untuk dihidang.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Kuah ayam ungkep yang sedap sememangnya pekat dan bersalut dengan ayam.
  • Jika masakan ayam ungkep kelihatan berlebihan minyak, boleh sudukan keluar minyak berlebihan.
Video
Pengenalan

Hi semua, Ayam Ungkep berasal dari Jawa, menu pilihan pada kali ni. Resepi ni hasil perkongsian dari sahabat baik Che Nom sendiri, dan resepi ini pernah dikongsikan di website resepichenom.com.

Kali ini Che Nom akan share versi video pula, dan ada sedikit tambahan cara untuk hasilkan Ayam Ungkep yang lebih beraroma. Sesiapa yang suka pedas boleh cuba resepi ini sebab kita menggunakan banyak cili padi.

Diterbitkan pada 4 April 202126.5K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru