ResepiCheNom
Rendang Ayam
Ayam

Resepi Rendang Ayam

Prep 20 minMasak 30 minJumlah 50 minHidangan 10 orang

Rendang ayam pekat berempah, dimasak cara tumis bahan kisar sampai naik minyak dan kuah kering cantik. Sedap makan dengan nasi lemak atau pulut kuning.

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • Bahan untuk di kisarBahan untuk di kisar
  • 5 ulas bawang putih5 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah5 ulas bawang merah
  • 2 biji bawang besar2 biji bawang besar
  • 2 cm kunyit hidip2 cm kunyit hidip
  • 2 inci lengkuas2 inci lengkuas
  • 2 inci halia2 inci halia
  • 2 batang serai, hiris nipis2 batang serai, hiris nipis
  • 10-15 tangkai cili kering, buang biji dan rebus10-15 tangkai cili kering, buang biji dan rebus
  • Bahan-bahan berkaitan lainBahan-bahan berkaitan lain
  • 1 kg ayam, potong ikut selera anda1 kg ayam, potong ikut selera anda
  • 3 sudu besar kerisik3 sudu besar kerisik
  • 2 senduk minyak, untuk menumis2 senduk minyak, untuk menumis
  • 2 cawan santan pekat2 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair1 cawan santan cair
  • 2 helai daun kunyit, di carik atau hiris kasar2 helai daun kunyit, di carik atau hiris kasar
  • 2 keping asam keping2 keping asam keping
  • 2 sudu besar sos tiram2 sudu besar sos tiram

Cara Buat Rendang Ayam

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Untuk Memasak

  1. 1
    Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit, kemudian goreng ayam separuh masak. Angkat dari kuali dan asingkan.
  2. 2
    Dalam kuali berasingan panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Pastikan bahan kisar betul-betul masak dan pecah minyak.
  3. 3
    Masukkan ayam, serai dan sos tiram. Gaul rata dan biarkan masak seketika.
  4. 4
    Masukkan kerisik dan santan cair. Masak sehingga kuah mendidih dan ayam menjadi empuk. Kemudian masukkan pula santan pekat, asam keping dan daun kunyit.
  5. 5
    Pada ketika ini, kuah perlu kerap dikacau supaya santan tidak pecah minyak dan kuah menjadi pekat sekata. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika kuah sudah cukup rasa masam, boleh diangkat keluar asam keping dari kuah.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Jika anda rasa minyak terlalu banyak tidak mengapa, kerana minyak yang banyak memudahkan proses untuk memasak bahan kisar. Minyak boleh dibuang sedikit apabila kuah rendang sudah dimasak.
Video
Pengenalan

Resipi Rendang Ayam, sedap dimakan bersama nasi lemak untuk sarapan pagi. Di sebelah utara atau juga di sesetengah kawasan lain, rendang ayam juga dimakan bersama pulut kuning, iaitu pulut yang dikukus dan digaulkan bersama santan. Memang sedap, bagi sesiapa yang belum pernah makan pulut kuning bersama rendang, harus mencuba.

Ada beberapa cara untuk memasak rendang, cara yang pertama menggunakan kaedah tumis bahan kisar di dalam minyak dan cara yg kedua pula tidak menggunakan minyak tetapi dimasak dia dalam santan yang pekat sehingga pecah minyak. Resepi di bawah adalah menggunakan kaedah yang pertama.

Diterbitkan pada 12 Disember 20169.4K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru