ResepiCheNom
Kari Ayam Bonda
Ayam

Resepi Kari Ayam Bonda

Prep 20 minMasak 20 minJumlah 40 minHidangan 5 orang

Kari Ayam Bonda ni pekat berlemak dengan santan segar, memang padu untuk makan dengan ketupat, pulut kuning atau roti jala. Bahan nampak banyak tapi cara masaknya mudah je.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Utama

  • 500 gram ayam dipotong500 gram ayam dipotong
  • 1 senduk besar minyak masak1 senduk besar minyak masak

Bahan Untuk Ditumbuk Halus

  • 4 ulas bawang putih4 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah4 ulas bawang merah
  • 1 inci halia1 inci halia

Bahan Untuk Ditumis

  • 1 tangkai daun kari1 tangkai daun kari
  • 4 biji buah pelaga4 biji buah pelaga
  • 1 batang kayu manis1 batang kayu manis
  • 3 tangkai bunga cengkih3 tangkai bunga cengkih
  • 2 biji bunga lawang2 biji bunga lawang
  • 1/2 biji bawang dihiris nipis1/2 biji bawang dihiris nipis

Bahan Lain Berkaitan

  • 1 sudu besar kerisik1 sudu besar kerisik
  • 1 mangkuk santan pekat1 mangkuk santan pekat
  • 1 mangkuk santan cair1 mangkuk santan cair
  • 3 sudu besar serbuk kari daging, bancuh supaya menjad pes3 sudu besar serbuk kari daging, bancuh supaya menjad pes
  • 2 biji ubi kentang, dikupas kulit dan dipotong 42 biji ubi kentang, dikupas kulit dan dipotong 4
  • 1 biji tomato dipotong 41 biji tomato dipotong 4
  • 1 asam keping1 asam keping

Cara Buat Kari Ayam

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Masukkan ayam dan kacau sehingga 2-3 minit
  2. 2
    Panaskan minyak, tumis bahan tumis sehingga naik bau.
  3. 3
    Masukkan bahan tumbuk dan kacau seketika sehingga kekuningan
  4. 4
    Masukkan pes kari, kacau sehingga pecah minyak dan garing, tambahkan sedikit air jika terlalu kering di peringkat permulaan.
  5. 5
    Teruskan mengacau sehingga pecah minyak dan tidak hangit
  6. 6
    Masukkan kentang, santan cair, asam keping dan kerisik
  7. 7
    Masak sehingga ubi kentang empuk dan ayam betul-betul masak.
  8. 8
    Masukkan santan pekat, keluarkan asam keping sekiranya rasa masam padah kuah sudah mencukupi.
  9. 9
    Masak sehingga mendidih, perasakan dengan garam dan gula secukupnya,
  10. 10
    Langkah terkahir, masukan tomato. Selamat mencuba
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Pastikan rempah kari dimasak sehingga betul-betul masak dan garing, jika tidak kari anda akan rasa seperti kari yang tidak dan tidak sedap
Video
Pengenalan

Resepi kari ayam dari bonda Che' Nom, resepi istimewa yang sesuai dihidangkan dengan Ketupat, pulut kuning dan roti jala.

Walaupun menggunakan bahan banyak tetapi cara memasak resepi Kari Ayam ini tidaklah begitu sukar, pastikan anda menggunakan santan dari kelapa yang segar untuk rasa yang memuaskan.

Resepi istimewa untuk berbuka puasa dan hari raya.

Diterbitkan pada 11 Julai 20148.3K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru