Resepi Popia Nestum Sedap
Popia Nestum rangup dan sedap, guna bahan ringkas yang senang cari. Walau menggulung agak remeh, hasilnya puas hati dan lebih jimat untuk kuih raya.

Bahan-bahan
Cara Buat Popia Nestum
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Bancuh tepung bersama air dan ketepikan.
- 2Gulung kulit popia menggunakan sebilah lidi satay atau chopstick. Pastikan ada sedikit ruang di tengah-tengah gulungan.
- 3Sapukan bancuhan tepung di bahagian hujung supaya gulungan kulit popia melekat. Ulang proses sehingga habis kulit popia. Tutup dengan kain supaya tidak kering.
- 4Gunting gulungan kulit popia secara menyerong dalam jarak 1.5cm.
- 5Goreng sehingga kekuningan.
- 6Taburkan dengan nestum, gula dan horlicks. Gaul sebati dan letakkan di dalam bekas kedap udara.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 10 biji
- Kalori
- 205 kcal
- Protein
- 3 g
- Karbohidrat
- 34 g
- Lemak
- 5.5 g
- Serat:
- 0.5 g
- Gula:
- 12 g
- Natrium:
- 170 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 10 'keping' dibaca sebagai 10 bahagian hidangan (beberapa popia kecil setiap satu), bukan 10 popia.
- Minyak menggoreng TIDAK disenaraikan; serapan dianggar 10% daripada berat popia.
- Nestum dikira 1 cawan seperti nota Che Nom, bukan 1/2 cawan.
- Kulit popia 1 bungkus dianggar 200 g dan merupakan punca utama natrium.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 1/2 cawan nestum (Che Nom lebihkan Nestum kepada satu cawan), kisar halus bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 48g (cawan US 240ml).
- 1/2 cawan horlicks bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 60g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Semasa proses menggulung dan menggunting kulit popia, anda haruslah sentiasa tutup kulit popia dengan kain supaya kulitnya tidak kering dan keras. Jika kering, susah untuk digulung kerana ia mudah pecah.
Pengenalan
Resipi Popia Nestum, yang sangat sedap dan hanya menggunakan beberapa jenis bahan yang mudah didapati di kedai atau pasaraya. Cuma proses menggulungnya agak remeh tetapi hasilnya amat memuaskan hati.
Kos nya jauh lebih murah jika buat sendiri berbanding dengan kuih yang dibeli. Anda boleh cuba kuih ini untuk dihidangkan di hari raya nanti. Buat keluarga besar, jika ramai-ramai bergotong rotong menyiapkannya, pasti seronok dan cepat siap.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu









