Resepi Peria Goreng Rangup
Peria goreng rangup ala mamak yang sedap dan tak pahit sangat. Che Nom kongsikan tips goreng supaya salutan kekal rangup lebih lama.

Bahan-bahan
Bahan Untuk Peria Goreng
- ¼ kiub ayam
- sedikit garam
- 1 biji telur
- 4-5 biji peria katak
- 1 ½ sudu besar tepung beras
- 1 ½ sudu besar serbuk cili
- ¼ sudu kecil garam
- 2 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar tepung jagung atau tepung ubi
- ½ sudu kecil lada hitam
- 1 sudu besar santan pekat
- air sejuk, secukupnya untuk kepekatan salutan
- ¼ sudu kecil baking powder
Cara Buat Peria Goreng
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Untuk Peria Goreng Super Rangup
- 1Hiris nipis peria katak.
- 2Masukkan tepung beras, serbuk cili, sedikit garam sekaligus didalam mangkuk dan kacau. Kemudian, celup dan salut kepingan peria dengan dengan bahan tersebut.
- 3Bagi bancuhan salutan, masukkan tepung gandum, tepung jagung atau tepung ubi, kiub ayam, serbuk lada hitam, garam dan lebihan salutan tepung peria (jika ada). Lalu, masukkan telur dalam adunan dan santan pekat (pilihan).
- 4Bancuh adunan dengan air sejuk dan kacau sehingga kesemua bahan sekata.
- 5Tambah sudu kecil baking powder (pilihan) dan tambah air sejuk jika adunan terlalu pekat.
- 6Panaskan minyak dan gunakan api yang sederhana untuk menggoreng.
- 7Celup kepingan salutan peria kedalam adunan dan goreng dengan masa yang lama serta mengacaunya dengan kerap sehingga ia cukup kekuningan.
- 8Bila sudah masak, angkat dan toskan minyak. Kemudian, peria goreng super rangup siap dihidang.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 hidangan · resepi untuk 4 hidangan
- Kalori
- 190 kcal
- Protein
- 3 g
- Karbohidrat
- 12 g
- Lemak
- 13 g
- Serat:
- 2 g
- Gula:
- 0.5 g
- Natrium:
- 600 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Bilangan hidangan tidak dinyatakan; dianggar 4 sebagai lauk atau snek.
- Resepi tidak senaraikan minyak menggoreng — serapan dianggar 45 g untuk salutan nipis rangup.
- Peria katak 4-5 biji dianggar 350 g.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Bagi mengurangkan rasa pahit peria, gaulkan ia dengan sedikit garam selama 10-15minit. Kemudian, bilas dengan air dan keringkan peria.
- Peria goreng yang rangup adalah daripada cara gorengan yang betul dengan api yang sederhana dan kerap kacau. Jika menggunakan api yang kuat ia mengakibatkan peria masak perang di luar tapi dalam masih lembik dan erangupan juga tak bertahan lama.
Video
Pengenalan
Resepi peria goreng yang sangat rangup dan sedap.
Che Nom rujuk kepada blog Allahyarham Mamak Haji, yang memang tak pernah lokek berkongsi ilmu masakan,memang sumber rujukan tetap kalau nk belajar masakan style mamak.
Dalam video juga Che Nom kongsikan TIPS untuk cara gorengan supaya peria goreng kita tu nanti tahan lama rangupnya.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









