Resepi Pak Choy Tumis Sos Tiram
Pak choy tumis sos tiram yang ringkas dan cepat, celur sekejap bagi kekal rangup. Tuang kuah pekat wangi atas sayur, terus siap untuk lauk sedap.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- 4-5 pokok sayur Pak Choy
- 4 sudu besar sos tiram
- 2 ulas bawang putih, cincang halus
- satu hirisan nipis halia, cincang halus
- sedikit serbuk pati ayam atau pati ikan bilis
- 1 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
- sedikit bawang goreng
- hirisan cili api
Cara Buat Pak Choy Tumis Sos Tiram
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Panaskan air di dalam periuk atau kuali sehingga mendidih dan masukkan secubit garam. Celur sayur Pak Choy cukup sekadar layu kemudian tapis air.
- 2Masukkan pula air sejuk ke dalam sayur untuk hentikan proses memasak dan mengelakkan sayur menjadi pucat dan tidak segar. Tapis kembali, potong batang sayur dan susun di atas pinggan.
- 3Untuk masak kuah, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta halia sehingga kekuningan dan naik bau.
- 4Masukkan sos tiram, pati ayam dan air secukupnya. Masak sehingga mendidih dan masukkan pula air bancuhan tepung jagung tadi supaya kuah menjadi pekat. Perasakan dengan gula secukup rasa.
- 5Tuang kuah sos tiram dan tabur bawang goreng bersama hirisan cili jika suka.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 hidangan · resepi untuk 4 hidangan
- Kalori
- 110 kcal
- Protein
- 2 g
- Karbohidrat
- 6.5 g
- Lemak
- 8 g
- Serat:
- 1 g
- Gula:
- 1 g
- Natrium:
- 630 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Resepi tidak nyatakan bilangan hidangan; 4-5 pokok pak choy (~450 g) dianggar 4 hidangan.
- Minyak menumis tidak disenaraikan; dianggar 2 sudu besar.
- 4 sudu besar sos tiram menyumbang kebanyakan natrium.
- Bawang goreng hiasan dianggar 10 g.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Che Nom tidak masukkan garam ke dalam kuah sos tiram kerana sos tiram dan serbuk pati ayam sudah masin rasanya.
Pengenalan
Resepi Pak Choy Tumis Sos Tiram, menu sayur yang mudah dan cepat disediakan. Cuma celur sayur dan tuang kuah ke atas sayur dan siap dihidangkan.
Untuk mendapatkan sayur yang sedap, jangan dicelur terlalu lama kerana tekstur sayur haruslah masih rangup semasa dihidangkan. Itu yang membuatkan rasa masakan sayur ini sedap dan special.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









