ResepiCheNom
Nasi Tomato

Resepi Nasi Tomato

Prep 15 minMasak 30 minJumlah 45 minHidangan 4 orang

Nasi tomato resepi bonda mertua, wangi tomato sup dengan minyak sapi dan susu cair. Senang buat walau bahan banyak, sedap makan dengan dalca, ayam masak merah dan acar.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Utama

  • 4 cawan beras4 cawan beras
  • Bahan untuk di potong halusBahan untuk di potong halus
  • 1/2 inci halia*1/2 inci halia*
  • 2 ulas bawang merah*2 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*2 ulas bawang putih*

Bahan Lain Yang Berkaitan

  • 3 1/2 cawan air3 1/2 cawan air
  • 3 tangkai bunga cengkih3 tangkai bunga cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang3 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga5 biji buah pelaga
  • 2 batang kulit kayu manis2 batang kulit kayu manis
  • 1 helai daun pandan1 helai daun pandan
  • 1/2 cawan kismis1/2 cawan kismis
  • 1/2 cawan susu cair1/2 cawan susu cair
  • 2 cawan tomato sup2 cawan tomato sup
  • 1 senduk minyak sapi1 senduk minyak sapi

Cara Buat Nasi Tomato

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Potong halus bahan bertanda *
  2. 2
    Panaskan minya sapi, masukkan bahan yang dipotong halus bersama bunga lawang, bunga cengkih, daun pandan, buah pelaga dan kayu manis. Goreng sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. 3
    Masukkan beras kacau seketika selama 1-2 minit. Kemudian Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
  4. 4
    Masukkan tomato sup, susu cair, kismis dan garam secukup rasa. Apabila hampir kering pertahankan api, tutup tudung periuk dan tunggu hingga masak.
Video
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Resepi nasi tomato dari bonda mertua. Hidangan yang sangat sesuai untuk santapan di hari raya dan berbuka puasa . Menggunakan tomato sup minyak sapi dan susu cair sebagai bahan utama .

Nasi Tomato ini sesuai dihidangkan bersama Kuah Dalca Daging, Ayam Masak Merah dan Acar Timun . Langkah untuk menyediakan nasi ini sangat mudah walaupun bahanya agak banyak.

Diterbitkan pada 7 Ogos 2015278.9K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru