ResepiCheNom
Mee Jawa Sedap

Resepi Mee Jawa Sedap

Prep 20 minMasak 15 minJumlah 35 min

Mee Jawa mudah ala Che Nom dengan kuah pekat dari keledek kuning, manis lemak berempah dan cukup padu bila digabung air rebusan daging.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Utama

  • 2 paket mee kuning2 paket mee kuning
  • minyak untuk menumis, anggaran 1/2 mangkukminyak untuk menumis, anggaran 1/2 mangkuk
  • 1 senduk cili kisar1 senduk cili kisar
  • 3 sudu besar serbuk rempah kari daging3 sudu besar serbuk rempah kari daging
  • air rebusan dagingair rebusan daging
  • 3 ketul keledek, rebus dan tumbuk atau kisar halus3 ketul keledek, rebus dan tumbuk atau kisar halus
  • 1 ketul kiub daging atau kiub ayam1 ketul kiub daging atau kiub ayam
  • garam dan gula secukup rasagaram dan gula secukup rasa

Bahan Untuk Kisar Halus

  • 6 biji bawang merah6 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai, hiris nipis2 batang serai, hiris nipis
  • 2 inci halia2 inci halia
  • 2 inci lengkuas2 inci lengkuas
  • 2 sudu besar udang kering2 sudu besar udang kering

Bahan Untuk Taburan (Condiment)

  • daging yang direbus, hiris nipisdaging yang direbus, hiris nipis
  • telur rebustelur rebus
  • taugeh, celurtaugeh, celur
  • daun bawang, hiris hirisdaun bawang, hiris hiris
  • daun sup, hiris nipisdaun sup, hiris nipis
  • bawang gorengbawang goreng
  • cili merah, hiris nipiscili merah, hiris nipis
  • limau nipislimau nipis
  • tauhu goreng, hiris nipistauhu goreng, hiris nipis

Cara Buat Mee Jawa

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Celur mee kuning dan tapis airnya. Boleh gaulkan dengan sedikit minyak zaitun supaya mee tidak terlalu melekat bila sejuk nanti.
  2. 2
    Rebus daging sehingga empuk. Asingkan airnya untuk kegunaan semasa penyediaan kuah nanti.
  3. 3
    Panaskan minyak dan tumis cili kisar bersama rempah kari daging sehingga garing.
  4. 4
    Masukkan bahan kisar halus dan kacau sehingga pecah minyak. Boleh tambah sedikit air jika takut hangus.
  5. 5
    Masukkan air rebusan daging, keledek dan kiub daging atau ayam. Masak sehingga kuah mendidih. Kacau perlahan.
  6. 6
    Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. 7
    Masukkan sedikit mee ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan bahan-bahan taburan. Tuang kuah secukupnya dan siap untuk dihidang.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Mee hanya perlu dicelur seketika supaya tidak lembik bila dihidangkan bersama kuah mee jawa nanti.
  • Selepas dicelur, taburkan dengan sedikit minyak zaitun supaya mee tidak melekat apabila sejuk.
Video
Pengenalan

Resepi Mee Jawa yang mudah untuk disediakan dan sangat sedap rasanya.

Bahan dan cara penyediaan mee jawa adalah hampir serupa dengan mee rebus cuma bahan untuk mee jawa lebih ringkas.

Che Nom gunakan keledek kuning sebagai bahan untuk pemekat kuah. Rasa manis dari isi keledek dan air rebusan daging memang kunci utama penyedap mee jawa ini.

Diterbitkan pada 6 Julai 201857.1K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru