ResepiCheNom
Kuih Kaswi Pandan

Resepi Kuih Kaswi Pandan

Prep 25 minMasak 50 minJumlah 1 jam 15 minHidangan 10 biji

Kuih Kaswi Pandan ni wangi pandan asli, manis berlemak dan tekstur kenyal lembut bergedik. Bancuh, kukus, lepas tu gaul kelapa parut kukus atau makan begitu saja.

Bahan-bahan

Sukatan
Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Adunan Kuih Kaswi

  • 2 cwn tepung gandum2 cwn tepung gandum250g
  • 1 cwn tepung ubi1 cwn tepung ubi125g
  • 1 cwn gula1 cwn gula200g
  • 1 cwn santan1 cwn santan240g
  • 3 cawan air3 cawan air720g
  • 1 cwn jus pandan asli1 cwn jus pandan asli240g
  • 2 sk air kapur makan2 sk air kapur makan6g
  • 1/2 sk pewarna hijau1/2 sk pewarna hijau3g
  • Secubit garamSecubit garam

Bahan Untuk Kelapa Parut

  • 1/2 biji kelapa parut1/2 biji kelapa parut
  • 1-2 sk garam1-2 sk garam
  • 1 helai daun pandan1 helai daun pandan

Cara Buat Kuih Kaswi Pandan

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Adunan Kuih Kaswi

  1. 1
    Tapis adunan dan tuang masuk dalam loyang.
  2. 2
    Gunting halus daun pandan kemudian masukkan dalam blender, tambah air dan kisar halus.
  3. 3
    Tapis pandan kisar dan ambil air pati pandan.
  4. 4
    Bancuh pes kapur makan dengan 2-3 sb air.
  5. 5
    Sukat masuk bahan kering dalam mangkuk besar, tepung gandum, tepung ubi dan gula. Gaul sebati
  6. 6
    5Tuang masuk air dan santan (kalau guna santan kotak, kena campur dengan air. Nisbah 1/2 cawan santan dan 1/2 cawan air).
  7. 7
    Kacau sebati kesemua bahan.
  8. 8
    Masukkan jus pandan dan teruskan kacau.
  9. 9
    Masukkan air kapur dan secubit garam (untuk naikkan rasa lemak santan).
  10. 10
    Tabah sedikit perwarna hijau (pilihan). Kacau sebati dan ketepikan
  11. 11
    Gris loyang dengan minyak masak. Che Nom guna loyang saiz 9 x 9inci.
  12. 12
    Masukkan dalam pengukus dan tutup dengan aluminium foil. Kukus selama 30-40 minit.
  13. 13
    Kalau masa tengah kukus ada air yang bertakung atas kuih, boleh sudu keluar air dan sambung lagi kukus sampai masak.
  14. 14
    Bila kuih dah masak biarkan dalam pengukus sampai permukaan kering dan sejuk sebelum potong.

Untuk Kelapa Parut

  1. 1
    Gaul kelapa parut dengan garam dan hirisan daun pandan (pilihan).
  2. 2
    Kukus kelapa parut 5-10 minit (untuk elak kelapa parut lambat basi).

Untuk Salut

  1. 1
    Potong kuih adunan kuih kaswi, potong memanjang kepada 4 bahagian dan kemudian potong menyerong.
  2. 2
    Kemudian gaul kuih dengan kelapa parut.
  3. 3
    Susun dan hidang.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
2 cwn tepung gandum bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 250g (cawan US 240ml).
1 cwn tepung ubi bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 125g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Adunan kuih kaswi mudah mendap jadi selepas pindah adunan kedalam loyang, terus kukus ataupun kacau sikit dengan whisk dan cepat-cepat kukus.
  • Sebelum kukus balut tudung pengukus (kalau pengukus klasik) untuk kurangkan air menitik kedalam loyang masa kukus. Kalau tak nak balut boleh tutup loyang dengan aluminium foil.
  • Resepi kuih kaswi ni dah cukup manis dan berlemak, kalau sesiapa yang nak makan macam tu je, tak nak gaul dengan kelapa parut pon sesuai dan masih sedap.
Video
Pengenalan

Resepi kali ini ialah Kuih Kaswi Pandan. Siapa peminat kuih-kuih yang berasakan pandan, wajib cuba resepi ni. Caranya mudah sahaja, kita perlu bancuh adunan dengan jus pandan asli kemudian kukus dan gaul pula dengan kelapa parut yang dikukus.

Kuih kaswi pandan ni cukup manis dan berlemak rasanya. Bau wangi dari pandan asli memang terbaik. Nak makan kuih tanpa gaul kelapa pun boleh sebab nya sedap dimakan begitu sahaja. Tekstur kuih agak kenyal tapi masih lembut bergedik. Nak buat berniaga dalam pek-pek yang kecil pon sesuai.

Diterbitkan pada 6 Februari 202332K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru